Tag: Singapura

  • Rembat Pendapat Bersama Dzar Ismail: Tak Boleh Ke Makcik-Makcik Masak Dalam Rumah Sendiri?

    Rembat Pendapat Bersama Dzar Ismail: Tak Boleh Ke Makcik-Makcik Masak Dalam Rumah Sendiri?

    BRADER KACANG MERANCANG UNTUK MEMBANTU IBU KAWANNYA YG TAK TENANG:

    “Aku berkongsi dengan kau sesuatu yg berlaku keatas kenalan aku. Malam-malam buat aku menyirap. ini berlaku di rumah mak dia Dzar. masuk nih dah berbelas kali polis datang rumah mak kawan aku. Kenapa? Sebab jiran sebelah complain mak kawan aku masak makanan yg berempah jadi rumah dia bau! Polis datang pun tak boleh apa-apa.Dzar.

    Yg aku kesian mak dia. Kau taulah org tua. Bila kene macam nih dia sendiri jadi phobia bila nak masak lauk yg berempah. Bila masa tuh, kawan aku berdegil suruh mak dia masak jugak sebagai pemberontakkan, jiran sebelah bakar kemenyan dan letak di corridor berdekatan dengan rumah mak aku. Bukan satu mangkuk, dua mangkuk beb! lepas tuh, polis datang lagi, sebab jiran dia call lagi.

    Masa tuh kawan aku dah sot, dia nak matikan kemenyan yg dibakar jiran. Bila dia tgh jalan, jiran mak dia bukak pintu secara aggressif dan dia dapat lihat yg jiran mak dia itu sebenarnya adalah seorang warga emas. Ntahlah, ada chance dia dah start nyanyuk. Baru-baru ini, jiran mak kawan aku sampai letak speaker di luar rumah untuk memainkan lagu-lagu dengan kuat sampai ke malam.

    Yg aku kesian, mak kawan aku Dzar. Dia makcik yg baik. Tak kacau org. Tak suka provokasi. Tak suka menyusahkan org. kawan aku dah report terhadap town council, dah nak jumpa MP pun. Aku tak sampai hati ah tgk mak dia. Bila suruh mak dia ambil tindakan, dia mengatakan, “Dahlah, cik taknak kecoh. Nanti lama-lama dia penat sendiri nak.” Lagi satu, suaminya ada pesakit stroke bro. Kesian! Mak-mak kita dengan memasak nih dah ibarat isi dgn kuku. Mak yg tak dapat memasak ibarat durian yg tiada buahnya. Macam mana kita boleh bantu dia bro?”

    REMBAT PENDAPAT ANDA YG BERHEMAH DISINI! SILAKAN!

     

    Source: Dzar Ismail

  • Asatizah Perlu Pertingkat Bimbingan Agar Belia Jauhi ISIS

    Asatizah Perlu Pertingkat Bimbingan Agar Belia Jauhi ISIS

    Anak-anak muda Islam harus mengejar ‘jihad keamanan’ dengan mencari jalan terbaik untuk membentuk keamanan bagi manfaat masyarakat, negara dan penduduk Singapura amnya.

    Jihad sebenar dalam konteks Singapura hari ini adalah membentuk suasana aman dan mempamerkan nilai-nilai murni Islam.

    Mantan Mufti, yang kini Penasihat Pejabat Mufti, Shaikh Syed Isa Semai ketika diminta mengulas mengenai kes dua belia radikal sendiri – seorang diberkas dan seorang lagi ditahan – di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkata:

    “Anak-anak muda mempunyai kefahaman yang masih tipis terhadap agama. Apabila mereka bercakap tentang jihad, mereka terus memikirkan tentang perang. Mereka lupa sebenarnya Islam cintakan keamanan.”

    Menurutnya remaja Islam di Singapura perlu memahami dengan lebih jelas konsep jihad dengan membuktikan kepada Singapura bahawa Islam bukan agama keganasan dan anak-anak Melayu sebenarnya juga menolak pengganasan, kata Shaikh Syed Isa.

    Beliau berkata masyarakat Islam sendiri perlu berusaha keras untuk membanteras anak-anak muda meradikalkan diri sendiri menerusi Internet.

    Beliau turut menyarankan agar pakar-pakar media sosial bergabung tenaga dengan ustazah bagi membolehkan setiap keraguan tentang Islam di kalangan anak dijawab di laman Internet.

    “Kebanyakan ustaz mungkin tidak mendalam keupayaan tentang Internet. Kita boleh bergabung dengan pakar Internet di luar dengan tujuan mendidik anak-anak muda ke jalan Islam yang sebenar.

    “Janganlah Islam dilihat selah-olah ia satu agama yang tiada keihsanan dan kebaikan. Kita mesti melawan arus kejahatan dan moga Unknown memberikan kita taufik dan hidayahnya dalam usaha kebaikan ini,” ujar Shaikh Syed Isa.

    Seorang lagi pemimpin agama, Ustaz Sheik Hussain Sheik Ya’kub berkata usaha perlu dipertingkat untuk menyesuaikan pendidikan agama dengan keperluan golongan remaja.

    Beliau yang juga presiden Persatuan Muhammadiyah berpendapat syarahan agama misalnya harus memberi perhatian khusus untuk remaja dan bukan diadakan secara umum.

    “Berdasarkan maklum balas yang saya dengar, ada sebahagian anak muda yang tidak menghargai golongan asatizah dan sudah hilang rasa hormat.

    “Saya juga rasa kurikulum agama kita perlu diubah. Teknik pengajaran juga kita perlu tukar. Kita tidak boleh lagi ikut pendekatan macam 50 tahun lalu. Yang penting, kita sendiri harus bersedia untuk berubah agar dapat lebih mendekati anak muda masa kini dengan isu semasa dan cabaran mereka,” kata beliau.

    Naib Ketua Pusat Harmoni yang juga Pengerusi Masjid An-Nahdhah, Ustaz Muhammad Fazalee Ja’afar pula menambah: “Banyak usaha telah dilakukan oleh masyarakat Islam untuk mendidik masyarakat kita mengenai Islam yang sebenar iaitu Islam yang membawa kepada kesejahteraan dan keamanan buat semua.

    “Bahkan di Pusat Harmoni, melalui program yang kami anjurkan telah dapat mendekati seramai 40,000 pengunjung ke pusat ini semenjak ia mula beroperasi pada tahun 2006.

    “80 peratus dari pengunjung merupakan masyarakat bukan Islam yang mana melalui program ini, mereka diberikan pendedahan akan erti Islam yang sebenar.

    “Melalui pendedahan ini juga mereka memahami bahawa pengganasan serta fahaman radikal sama sekali bukan merupakan sebahagian dari ajaran Islam.”

    Menurutnya peristiwa penangkapan ini memberikan isyarat peri penting semua lapisan masyarakat berganding bahu untuk terus bersikap berwaspada dalam menangani isu pengganasan ini. Usaha mendekati dan mendidik lebih ramai anak serta belia mengenai Islam adalah penting dan harus dipergiatkan.

    Sementara itu, Imam Masjid Ba’alwie, Habib Hassan Al-Attas, yang juga anggota majlis Pertubuhan Antara Agama (IRO), menambah:

    “Sebuah pohon yang akarnya kuat jika tertiup angin kencang tetap tidak akan berganjak. Mereka yang ikhlas dan teguh imannya akan sentiasa di dalam jagaan Allah dan tidak akan terayun dengan tipu daya nafsu dan hasutan syaitan.”

     

    Source: http://beritaharian.sg

  • MUFTI: Lapor Individu Berfahaman Radikal Kewajipan Agama

    MUFTI: Lapor Individu Berfahaman Radikal Kewajipan Agama

    Mufti Ustaz Dr Mohamed Fatris Bakaram (gambar) berkata setiap rakyat mempunyai tanggungjawab membantu orang yang menunjukkan tanda dipengaruhi fahaman radikal tentang agama mendapatkan bimbingan betul.

    Bahkan, melaporkan kepada pihak berkuasa seseorang yang cenderung melakukan perkara yang melanggar undang-undang ialah satu kewajipan agama.

    “Jika anak-anak muda kita menunjukkan tanda bahawa mereka telah sampai satu peringkat yang sangat radikal sampai ibu bapa berasa ia di luar kemampuan mereka untuk membimbing, dan (anak muda itu) menunjukkan kecenderungan melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang, maka menjadi kewajipan (kita) melaporkan mereka kepada pihak berkuasa.

    “Ini tidak boleh dilihat sebagai satu penganiayaan atau mengorbankan anak sendiri, tetapi satu kewajipan setiap warganegara, malah setiap ibu bapa, untuk membantu anak mereka dan menyelamatkan anak mereka itu,” ujar Ustaz Fatris.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes baru dua belia radikal – seorang diberkas dan seorang lagi ditahan – di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

    Ustaz Fatris berkata juga menjadi tanggungjawab, termasuk di sisi agama, untuk keluarga, ibu bapa, guru, sahabat, sebagai contoh, berwaspada dan memerhatikan.

    “Jika kita mendapati ada seorang yang kita kenali, baik seorang rapat dengan kita sekalipun, menunjukkan tanda awal dia terpengaruh oleh pandangan sempit dan radikal tentang agama, hendaklah kita mengorak langkah membantunya,” katanya.

    Orang ramai boleh membantu individu yang menunjukkan tanda dipengaruh fahaman radikal dengan memberi jawapan sahih bagi persoalan yang dalam fikirannya, ujar beliau.

    Jika berasa tidak berupaya memberi jawapan itu, mereka boleh merujuk individu tersebut kepada asatizah bertauliah.

    Mereka juga boleh pergi ke masjid kerana ada t pegawai agama terlatih dan berkelayakan memberi panduan, ujar Ustaz Fatris.

    “Sekiranya ini tidak diberi perhatian, dibimbangi ia akan sampai ke peringkat anak itu tidak dapat dibantu, tidak dapat dibimbing dan tidak dapat diselamatkan,” tambah beliau.

    Semasa diminta mengulas, Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Haji Abdul Razak Hassan Maricar, berkata Muis akan memperluas pendekatannya berhubung belia.

    Ini walaupun Muis telah merombak pendidikan Islam beberapa tahun lalu untuk menjadikannya lebih sesuai kepada belia dan turut membincangkan isu semasa yang dihadapi masyarakat.

    “Kami akan meningkatkan sesi perbincangan dengan pelajar di institusi pengajian tinggi. Kami juga akan memastikan masjid lebih peka dan bersedia menangani isu pengganasan dan individu radikal sendiri,” ujar beliau.

     

    Source: http://beritaharian.sg

  • “Singapura: The Musical” Is A Cringe-Worthy Attempt At Encapsulating Singapore Culture

    “Singapura: The Musical” Is A Cringe-Worthy Attempt At Encapsulating Singapore Culture

    Though most Singaporeans are still uncertain about what constitutes our identity, we can immediately call out what a Singaporean identity is not. 

    At the Gala Premiere of Singapura: The Musical on 23 May at theCapitol Theatre, many Singaporeans found themselves cringing at Philippine company 4th Wall Theatre Co. in their attempts to understand Singapore culture, including their attempts to speak Singlish.

    Despite expected extensive preparations and rehearsals, the cast of Singapura: The Musical were still unconvincing in their Singlish words and accent on stage, still very much laced with their own Filipino articulation of words. This attempt to be Singaporean by a Filipino company would have been entirely awful, if not for their saving grace of having accurate costumes and props that well represented pre-independence Singapore visually.

    Scenes from Singapura- The Musical (credit to Singapura- The Musical) (8)

    Throughout the musical, it just felt like they were trying to recreate Miss Saigon and Les Misérables while squeezing so much in, at the expense of character and plot development. We expected a lot more when they said during the press conference that they were using Singapore history just as a backdrop for people’s life stories, but the whole plot (or lack thereof) just fell short.

    Scenes from Singapura- The Musical (credit to Singapura- The Musical) (9)

    Peace threatened by chaos, check. Disobedient daughter who doubles as an excuse for feminist girl power heroine, check. Asian woman getting into a relationship with Caucasian soldier against the wishes of everyone around her, check x 2. Said Asian-Caucasian couple becoming estranged, check x 2; one of the white men dies in duty, the other gets sent to the same assignment as the previous man.

    Sad Asian sidekick man having his affections repeatedly ignored until the end when Caucasian man gets sent to north Borneo and then the story ends and we see sad Asian sidekick man holding hands with the girl, check.

    Scenes from Singapura- The Musical (credit to Singapura- The Musical) (4)

    The strangest part was when the heroine’s mother dies, and suddenly we seeLee Kuan Yew’s world-famous crying scene at the backdrop. It was so random and it felt like they were trying to squeeze a metaphor out, as the sad Asian sidekick does repeatedly throughout the musical (heroine even gets blatantly compared to Singapore but the link was so tenuous).

    However, despite arguable visual and cultural-interpretative letdowns, the musical numbers in Singapura: The Musical were undeniably lovely. Composed by Ed Gatchalian, songs like “Another Day in Singapore“, “At The Kopitiam“, “Be With Me” and “Tomorrow Begins Today” will leave audiences humming its tunes while leaving the theatre. Catchy and emotional, the original scores and talented vocals from the cast effortlessly stole our hearts.

     

    Overall, we still applaud the efforts made by 4th Wall in this production. It definitely is not easy to encapsulate so much of Singapore’s culture and history in just one show. Unfortunately, we do not give gold stars for effort, for the reality is that the quality of a theatre production is judged in the end product – where Singapura: The Musical fell short.


    All Photos: Singapura: The Musical

    Dates: 23 May through 7 June 2015
    Duration: 2 hours 15 minutes (with 15-minute intermission)
    Venue: Capitol Theatre
    Tickets: singapurathemusical.eventclique.com

     

    Source: http://popspoken.com

     

  • MUIS Agih Wakaf Berjumlah Lebih $2.7 Juta Di Masjid Al Mawaddah

    MUIS Agih Wakaf Berjumlah Lebih $2.7 Juta Di Masjid Al Mawaddah

    Majlis Ugama Islam (Muis) telah mengagihkan wakaf berjumlah $2,793,035 di Masjid Al Mawaddah di Sengkang semalam.

    Ketua Eksekutif Muis, Haji Abdul Razak Maricar, dan Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram, telah merasmikan majlis pengagihan wakaf kepada masjid, madrasah, pertubuhan Islam dan golongan yang memerlukan.

    Melahirkan rasa syukur, Haji Abdul Razak berkata agihan itu telah meningkat berbanding $1.13 juta sedekad lalu.

    “Berteraskan aspirasi dan sokongan masyarakat Islam, pulangan daripada aset wakaf telah menghasilkan lonjakan yang amat positif.

    “Alhamdulillah, tahun ini kita berupaya mengagihkan pulangan aset wakaf tiga kali ganda melebihi pengagihan sedekad yang lalu,” katanya.

    Beliau mengajak masyarakat meneruskan legasi dan warisan kedermawanan yang dilakukan pewakif perintis.

    “Masyarakat Islam harus mengambil iktibar mengenang bakti dan wawasan para wakif perintis kita yang telah mewakafkan harta mereka…

    “Masyarakat hari ini masih berpeluang meraih semangat amal jariah yang sama, dengan menyemarakkan sifat dermawan kita,” kata beliau.

    Sebanyak 34 masjid menerima wakaf bagi kerja-kerja operasi, pentadbiran dan pengurusan, termasuk kerja-kerja peningkatan dan pembaikan.

    Selain itu, 26 pertubuhan seperti Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC), Rumah Kanak-Kanak Pertapis, Casa Raudha, Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) dan Persatuan Kebajikan Muslim Singapura turut menerima wakaf bagi membiayai aktiviti mereka dalam program sosial, penjagaan kesihatan dan pendidikan Islam.

    Kesemua enam madrasah sepenuh masa juga menerima wakaf daripada Wakaf Ilmu dan wakaf lain.

    Ini adalah pengagihan kedua bagi Wakaf Ilmu sejak pelancarannya pada 2012 – pelaburan yang dibuat dari Januari 2014 hingga Disember 2014.

    Ustaz Jazair Jumat, Ketua Dakwah dan Islah Masjid Kampung Siglap, berkata wang daripada wakaf itu dapat membantu pembangunan program Al-Quran di masjidnya.

    “Di Masjid Kampung Siglap, kami mempunyai Darul Quran Singapura dan insya-Allah kami akan memanfaatkan semaksimum mungkin program-program pembangunan Al-Quran dan pembelajaran Al-Quran,” katanya.

    Presiden 4PM, Encik Izzuddin Taherally, pula berkata dengan wang wakaf yang diterima, ia dapat membantu persatuannya mengajak anak-anak muda menyertai program-program kemasyarakatan yang dianjurkannya.

    “Kami akan mencapai tujuan itu dengan mengadakan programprogram seperti projek Roda Roda Ramadan, Remaja Resilien dan Frenz bagi membantu golongan belia,” ujar beliau.

     

    Source: http://beritaharian.sg