Tag: Singapura

  • Rahayu Mahzam: Pemerintah Harus Memberi Kelonggaran Bagi Muslimah Bertudung, Luaskan Ruang Berbicara Tentang Hal-Hal Agama

    Rahayu Mahzam: Pemerintah Harus Memberi Kelonggaran Bagi Muslimah Bertudung, Luaskan Ruang Berbicara Tentang Hal-Hal Agama

    Masyarakat tempatan perlu mengadakan perbincangan-perbincangan “sangat berterus terang” tentang isu-isu nyata.

    Usaha menggalakkan keharmonian kaum dan agama tidak lagi boleh dijalankan di peringkat luaran sahaja dengan setakat menghadiri majlis-majlis budaya satu sama lain.

    Sebaliknya, Singapura harus “mengadakan ruang untuk bercakap tentang identiti kita, amalan keagamaan seperti membakar kertas sembahyang, pemakaian tudung, memainkan muzik semasa Thaipusam misalnya.”

    Demikian seruan Anggota Parlimen GRC Jurong, semasa menyampaikan ucapan sulung beliau dalam perbahasan di Parlimen petang tadi (28 Jan).

    Cik Rahayu menambah, seharusnya ada dialog-dialog terbuka kerana perbincangan sedemikian akan menghasilkan kefahaman tentang keprihatinan satu sama lain.

    Mengulas mengenai debat tentang isu pengganasan, beliau menekankan, masyarakat Melayu/Islam Singapura menolak fahaman sedemikian.

    Lantaran itu Cik Rahayu menekankan, masyarakat Melayu/Islam tidak boleh dipersalahkan dan taat setia masyarakat tersebut “tidak patut dipersoalkan”.

    HARAP ISU TUDUNG DISEMAK LAGI

    “Saya rasakan penting untuk Pemerintah mengambil langkah untuk menggalakkan perbincangan terbuka tentang hal-hal sebegini agar segala prasangka atau rasa salah faham dapat dilenyapkan dengan segera. Juga perlu sentiasa ada peringatan yang tegas untuk mengutuk dan mengekang tindakan yang berbaur Islamofobia.

    “Satu lagi hal yang berada di benak fikiran masyarakat kita adalah isu tudung. Saya harap hal ini dapat disemak lagi oleh Pemerintah dan kelonggaran diberi agar wanita bertudung tidak terbatas untuk bekerja dalam mana-mana kerjaya pilihannya,” ujar Cik Rahayu.

    Namun beliau juga menekankan, dalam pada masyarakat mengharapkan sesuatu daripada Pemerintah, ia juga perlu bersikap matang dan berbincang secara hormat.

    Masyarakat Melayu kata beliau perlu menggunakan peluang yang ada untuk terus menjalin hubungan dengan kaum lain agar ada pemahaman yang mendalam tentang budaya dan agama Melayu/Islam dapat terjalin.

    Masyarakat Melayu/Islam kata beliau, sebahagian daripada masyarakat majmuk Singapura dan perlu sentiasa prihatin untuk menjaga keharmonian kaum dan agama.

    SOKONG NCMP, KRITIK KOMEN KETUA PARTI PEKERJA

    Dalam ucapan beliau itu, Cik Rahayu juga mengalu-alukan peningkatan dan perubahan kepada skim Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) yang diumumkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong semalam.

    Beliau melahirkan harapan untuk melihat lebih ramai anggota politik pembangkang seperti Encik Leon Perera dan Encik Dennis Tan, bagi menghasilkan perdebatan yang lasak demi menggubal dasar negara.

    Cik Rahayu bagaimanapun membidas ketua pembangkang Low Thia Khiang dengan berkata, beliau “agak terkejut” para NCMP itu disamakan dengan kiambang.

    “Tiada apa yang boleh menghalang NCMP daripada bergerak di akar umbi, melakukan lawatan rumah ke rumah dan menganjurkan sesi-sesi untuk mengumpulkan keprihatinan penduduk. Hakikatnya, saya teringat Encik Perera menyebut bahawa beliau melakukan kerja-kerja akar umbi di East Coast dan Aljunied. Peningkatan-peningkatan tersebut mengukuhkan kedudukan NCMP dan saya rasa sukar untuk berhujah sebaliknya,” ujar Cik Rahayu lagi.

    AMALKAN KELONGGARAN BERI BANTUAN

    Menyentuh tentang golongan yang berisiko dan kurang bernasib baik, beliau menyeru supaya lebih banyak kelonggaran diamalkan dalam membantu mereka.

    Sebahagian bantuan kata beliau dibelenggu oleh pelbagai peraturan yang menyukarkan.

    Cik Rahayu berkata: “Kita tidak harus berkompromi dalam sokongan sosial yang perlu diberikan kepada individu-individu dan keluarga-keluarga yang memerlukan bantuan. Malah, pada masa-masa sukarlah, kita perlu bersikap lebih ihsan.”

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Damanhuri Abas: Masyarakat Melayu/Islam Harus Berani Persoal AP-AP Melayu PAP Tentang Isu-Isu Masyarakat

    Damanhuri Abas: Masyarakat Melayu/Islam Harus Berani Persoal AP-AP Melayu PAP Tentang Isu-Isu Masyarakat

    Kalau anda dilantik, apa yang pembangkang boleh buat untuk orang melayu? Suatu soalan yang dilontarkan kepada saya, oleh seorang pengundi Melayu dari Yew Tee.

    Selanjutnya berlaku dialog yang agak lama antara pengundi itu dengan saya. Beliau ternyata seorang pengundi yang telah lama menyokong parti PAP dan meletakkan keyakinan penuh dengan pemimpin-pemimpin PAP amnya dan yang melayu dari PAP khususnya.

    Isu-isu yang tercetus masa perbincangan termasuk diskriminasi, hak orang melayu sebagai pribumi Singapura yang termaktub dalam konstitusi Negara yang menjamin hal tersebut, sistem meritokrasi, masalah-masalah yang membelenggu orang melayu di Singapura dan yang lain-lain lagi. Tiap kali saya akan didesak untuk memberikan saranan bagi mengatasi semua isu yang ditimbulkan. Dalam masa yang ada, saya telah mencuba memberikan sedikit sebanyak pendekatan saya secara peribadi dan juga parti SDP.

    Setelah agak 10 minit berbincang di tempat awam berdepan stasiun MRT Yew Tee, ia menjadi seperti permainan bola tangkis. Sehingga beberapa teman-teman calon SDP lain yang berada berhampiran memberi isyarat untuk saya menamatkan perbincangan ‘hangat’ kita. Saya mohon izin daripada insan tersebut agar kita mengambil pendekatan untuk terima perbezaan pendapat dan yang penting saling memahami dan tetap bersatu sebagai rakyat Singapura.

    Sebelum mengakhiri, saya sempat membuat rayuan kepada beliau juga, agar mengajukan soalan-soalan yang sama kepada kesemua AP-AP melayu PAP dan Menteri yang bertanggungjawab. Yang tepat lagi, tentang masalah-masalah penagih melayu yang tinggi, banduan-banduan melayu yang tinggi, penceraian melayu yang tinggi, anak luar nikah melayu yang tinggi, jumlah tinggi keluarga melayu yang bermasalah, jumlah pelajar melayu yang tercicir dan bermasalah dan lain-lain lagi. Dengan kedudukan mereka dalam pemerintah dan dengan kuasa mutlak, dana yang cukup banyak dan sokongan tak bersyarat oleh hampir semua institusi-institusi dan badan-badan Melayu/Islam (termasuk swasta) selama 50 tahun ini, agak menghairankan jika pencapaian mereka kurang memuaskan.

    Jika pra-syarat pemimpin melayu yang kita mahukan ialah kejayaan mereka mengatasi masalah-masalah orang melayu, tolong periksa kembali sejauh manakah kesemua AP-AP melayu PAP dan Menteri-Menteri mereka mencapai kriteria itu.

    Semoga pengundi tersebut mengotakan janji dia untuk mendesak yang sama terhadap AP-AP Melayu PAP, seberani dia lakukan kepada saya.

     

    Source: Damanhuri Abas

  • Pengakuan Sufie Rashid: Saya Dipaksa Melakukan Seks Oral Kepada Bekas Pengurus/Bapa Tiri, Arif Dollah, Ibu Tidak Percaya

    Pengakuan Sufie Rashid: Saya Dipaksa Melakukan Seks Oral Kepada Bekas Pengurus/Bapa Tiri, Arif Dollah, Ibu Tidak Percaya

    Penyanyi Singapura, Sufie Rashid mendakwa pernah didera secara seksual oleh bekas pengurus Tegar, Ariff Dollah.

    Sufie berkata, Arif sebelum ini pernah menjadi pengurusnya dan mengaku telah dipaksa melakukan seks oral oleh lelaki tersebut.

    “Ketika itu saya berusia 13 tahun dan Arif ialah pengurus saya. Jika Tegar menerima gangguan seksual, saya lebih teruk dari itu.

    “Lebih memeritkan selepas ibu saya berkahwin dengan Arif, saya selalu menjadi mangsanya. Selama setahun saya dipaksa melakukan perkara terkutuk oleh Arif.

    “Bukan saya tidak mengadu kepada ibu, tetapi ibu lebih percayakan suaminya,” luahnya ketika ditemui di Istana Budaya pada malam Jumaat.

    Menurut Sufie lagi, kejadian yang menimpa Tegar mebuatkan dia terpanggil untuk membuat pengakuan berani itu.

    “Bodohlah saya jika melakukan ini (pengakuan) kerana publisiti. Saya tak bodoh untuk mencari publisiti dengan menjual cerita melibatkan maruah diri. Tak mungkin saya akan memalukan diri saya sendiri!

    “Arif sudah melampau…Saya fikir selepas 11 tahun, dia dah bertaubat. Saya hubungi Tegar selepas mengetahui dia diganggu secara seksual oleh lelaki  itu,” katanya kepada Astro Gempak.

    Kata penyanyi berusia 24 tahun itu, dia tidak terkejut dengan kenyataan dibuat Arif kepada media kerana lelaki itu bijak memanipulasi fakta.

    “Dia memang pandai putar belit cerita. Saya ada terbaca kenyataan Arif yang menyuruh Tegar membuat laporan polis dan pemeriksaan doktor sekiranya benar dia diliwat.

    “Saya merasakan kenyataan tersebut lucu kerana pihak Tegar tidak pernah mendakwa Arif meliwat, tetapi ia hanya gangguan seksual.

    “Apa yang cuba dia buktikan? Saya berani mendedahkan segalanya hari ini kerana saya menyimpan perkara ini sudah lama. Ya, saya mendendami Arif. Kerana dia saya mengalami tekanan perasaan dan terpaksa menjalani rawatan bersama pakar jiwa,” ujarnya kesal.

    Sufie ditemui ketika majlis sidang media sejurus selepas tamat persembahan Muzikal Nusantara di Istana Budaya.

     

    Source: www.astrogempak.com.my

  • 1,000 Jemaah Haji Dipindahkan Ekoran Kebakaran Di Hotel Mekkah

    1,000 Jemaah Haji Dipindahkan Ekoran Kebakaran Di Hotel Mekkah

    Sekitar 1,000 jemaah haji dari Asia dipindahkan dari hotel mereka di Makkah, Arab Saudi awal hari ini akibat satu kebakaran yang mencederakan dua orang, menurut agensi pertahanan awam Saudi.

    Hotel tersebut dilaporkan terletak dalam kawasan Al-Azizia.

    Pasukan bomba menyelamatkan dua jemaah haji yang cedera akibat satu kebakaran di bilik yang terletak di tingkat lapan hotel yang tidak didedahkan namanya, menurut agensi itu lagi.

    Lebih 1 juta jemaah haji sudah tiba di Makkah untuk menunaikan ibadah haji tahun ini, yang akan berlangsung pada Selasa depan.

    Agensi berkenaan juga tidak mendedahkan kerakyatan jemaah yang terbabit dalam kejadian itu, mahupun apakah punca kebakaran tersebut.

    Sepanjang 10 tahun lalu, ibadah haji berjalan lancar tanpa sebarang insiden malang, namun pada Jumaat lalu, sekurang-kurangnya 107 orang, termasuk jemaah dari Asia, terkorban apabila kren pembinaan tumbang di Masjidil Haram.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Masyarakat Sepakat Bekerjasama Dengan Pemerintah

    Masyarakat Sepakat Bekerjasama Dengan Pemerintah

    SAYA merujuk kepada laporan di Berita Harian semalam bertajuk: Sokongan Melayu jelas pendirian teguhkan lagi perpaduan.

    Keputusan cemerlang bagi pihak Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan Menteri Melayu menunjukkan bahawa mereka diberi kepercayaan untuk menerajui Singapura.

    Ini juga mencerminkan kepercayaan yang kuat datang daripada masyarakat Melayu/Islam.

    Walaupun ada beberapa perkara yang masih belum dapat dihuraikan, masyarakat telah membuat keputusan, sebagaimana warga kita membuat keputusan 50 tahun yang lalu, bahawa masa depan untuk kita adalah di tempat ini yang kita panggil Singapura.

    Walaupun memang ada beberapa perkara yang harus dihuraikan, ia baik jika dilakukan dengan kebijaksanaan dan teratur.

    Masyarakat telah memilih dan menyokong PAP, yang juga menunjukkan yang ada semacam pertalian erat di antara masyarakat dan pemerintah.

    Ayuh kita bekerjasama dalam menghuraikan masalah yang ada.

    Kepercayaan yang kukuh menunjukkan bahawa masyarakat memberi isyarat yang terang bahawa ia mahu terus bekerjasama dengan pemerintah.

    ZAINUDIN HJ HAROON

     

    Source: http://beritaharian.sg