Hady Mirza Akhiri Zaman Bujang, Majlis Perkhawinan Berlangsung di Pontian

1958500_10152066796047893_1010552757_n1926851_10202799592248438_1497784378_n

PENYANYI popular setempat, Hady Mirza, sudah mengakhiri zaman bujangnya dengan seorang wanita yang berasal dari seberang Tambak.

Majlis perkahwinan beliau itu dikatakan diadakan di Pontian, Johor.

Sumber-sumber yang dekat dengan penyanyi itu mengesahkan pernikahan tersebut.

Hady, yang sedang ‘bercuti’ dari bidang nyanyian untuk melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan belia dan keagamaan, dikatakan melangsungkan majlis pernikahannya itu secara kecil-kecilan.

“Sebenarnya Hady nak adakan majlis kecil-kecilan, sebab itu tak beritahu ramai orang. Tapi sekarang ‘satu kampong’ dah tahu,” kata sumber tersebut.

Berita Harian difahamkan isteri beliau berasal dari Pontian.

Dalam laporan Berita Minggu (BM) Disember lalu, bekas pemenang pertandingan Singapore Idol dan Asian Idol itu menerangkan beliau mahu berehat dari kerjaya hiburannya untuk memberi tumpuan kepada kumpulan belia FRHM – yang dipeloporinya bersama tokoh agama setempat, Ustaz Fahrur Razi Kiayi Kassim.

Sumber: Berita Harian Singapura

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *