USTAZ BUNTINGKAN PELAJAR SEBELUM KE TANAH SUCI MEKAH | Sungguhpun kes ini berlaku pada tahun lalu, wajarlah kita jadikan sebagai pengajaran dan berhati-hati agar tidak tersilap menilai orang melalui perwatakan yang alim dan baik.
Kuala Lumpur: Kopiah sentiasa di kepala, tasbih sentiasa di tangan. Siapa sangka di sebalik perwatakan waraknya itu Ustaz Sazali (bukan nama sebenar) menjadikan teman wanitanya tempat melampias nafisu setiap minggu datang ke ibu kota.
Paling menjijikan, Ustaz Sazali sanggup menodai kekasihnya sehingga hamil sebelum berangkat ke Tanah Suci mengerjakan umrah.
Ustaz berusia awal 30-an berasal dari utara tanah air itu sentiasa berulang alik ke ibu kota setiap minggu kerana menghadiri kelas pengajian jarak jauh di sebuah universiti di sini.
Setiap kali ada kelas pengajian Ustaz Sazali menyewa hotel bajet di ibu kota semata-mata untuk meniduri teman wanitanya yang dikenali sebagai Sofea, 23 (bukan nama sebenar), pelajar sebuah koleh swasta di pinggir kota.
“Sayang Mari Ikut Abang Ke Syurga”
Sofea yang ditemui di sebuah rumah perlindungan di sini amat menyesal kerana terpedaya dengan ayat manis ustaz durjana itu.
Dia tidak menyangka seorang ustaz yang mengetahui pengetahuan luas di bidang agama tergamak melakukan maksiat.
“Pada mulanya saya berasa bertuah dapat memiliki teman lelaki bergelar ustaz, sekurang-kurangnya dapat membimbing saya ke syurga.
“Rupa-rupanya perangainya amat teruk sekali, tidak seperti digambarkan sebagai lelaki alim,” cerita Sofea sambil menangis, menyesal dan rasa berdosa kepada Allah dan keluarga.
Menurut Sofea, setiap kali menidurinya Ustaz Sazali berbisik ke telinganya sambil berkata; Sayang, mari ikut abang ke syurga!”
Setelah enam bulan melakukan hubungan terlarang itu, Sofea mengakui mula ketagihan seks dan akhirnya dia disahkan hamil.
“Harap Ustaz Sazali bawa saya ke syurga, rupanya melencong ke neraka!” ujarnya.
Sekembalinya dari menunaikan umrah Sofea memaklumkan keadaan dirinya sudah berbadan dua.
“Ustaz hanya mendiamkan diri tetapi selepas itu dia terus menghilangkan diri.
“Dia tidak lagi datang menemui saya, walaupun masih menghadiri kelas pengajiannya di ibu kota,” tambahnya.
Kini Sofea mengandung tujuh bulan dan ditempatkan di Pondok Penyayang Raudah Batu 11, Gombak, Selangor bagi meneruskan kehidupannya dan proses bersalin.
Sofea bersyukur kerana keluarga terutama ibu memahami keadaannya, walaupun perbuatan yang dilakukan itu amat memalukan keluarga.
Sementara itu, pengasas Pondok Penyayang Raudah, Ustaz Mokhtaruddin Haji Md Said berkata, generasi muda perlu melengkapkan diri dengan iman dan takwa bagi mengelak terjerusmus ke lembah maksiat.
Katanya, jika iman dan takwa dipelihara dengan baik masalah gejala sosial di kalangan remaja dapat dihindarkan.
“Jika nak pilih teman lelaki atau wanita elok lakukan solat istikharah mohon petunjuk llah sama ada kawan itu benar-benar jujur atau mahu mengambil kesempatan.
“Allah akan beri petunjuk kepada kita dan dengan izinNya kita akan dapat teman yang baik,” tambahnya.
Sumber: Mazeer Mohamad