Tingkap Kereta Orang SG Dipecahkan di Johor Bahru

Credit: BH SG

Credit: BH SG

Credit: https://www.facebook.com/MeGatz

Credit: https://www.facebook.com/MeGatz

BAGAIKAN sudah jatuh ditimpa tangga.

Sudahlah hati Encik Muhamad Nauruz Anang Abdulbar gundah memikirkan keadaan abangnya yang terlantar dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru.

Cermin keretanya pula dipecahkan ketika beliau melawat abangnya itu di hospital tersebut baru-baru ini.

Pegawai sumber manusia berusia 40 tahun itu telah meletakkan keretanya di tempat letak kereta di belakang bangunan hospital tersebut sekitar 12 tengah hari.

Namun, ketika beliau hendak pulang selepas meluangkan masa bersama abangnya sehingga 6.30 petang, Encik Muhamad Nauruz terkejut mendapati cermin keretanya dipecahkan.

Mujur, tiada apa yang dicuri daripada keretanya itu, namun beliau terpaksa membelanjakan lebih $800 untuk menggantikan cermin keretanya itu.

http://beritaharian.sg/setempat/cermin-kereta-dipecahkan-ketika-lawat-abang-di-johor-bahru#sthash.uLw71tTT.dpuf

Sumber: Berita Harian SG, Muhamad Nauruz Anang Abdulbar

 

EDITOR’S NOTE

Kami di Rilek1Corner turut bersimpati dengan musibah yang menimpa Encik Nasron, yaitu abang kepada Encik Muhamad Nauruz Anang Abdulbar. Kami doakan agar Encik Nasron cepat sembuh. Semoga ada hikmah disebalik kejadian ini.

letters to R1C

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *