Yaacob Ibrahim: NLB Akan Melakar Proses Lebih Jelas Untuk Buku Kontroversi

yaacob ibrahim PAP

LEMBAGA Perpustakaan Negara (NLB) akan melakar satu proses yang lebih jelas untuk buku-buku yang telah ditarik keluar dari senarai bacaan awam “disebabkan kandungan yang kontroversi”.

Menerusi pendekatan yang dikemaskinikan, NLB tidak akan terus memusnahkan buku-buku yang dianggap tidak sesuai, sebaliknya akan mencari jalan lain untuk mengenepikan buku-buku ini.

Jaminan ini diberikan Menteri Penerangan dan Maklumat, Dr Yaacob Ibrahim, yang berkata, NLB tidak akan terus memusnahkan buku-buku yang dianggap tidak sesuai dibaca khalayak umum.

“Untuk buku-buku yang masih berkeadaan baik tetapi telah ditarik keluar disebabkan kandungannya yang kontroversi, NLB akan mempertimbangkan pilihan lain selain memusnahkannya.

“Saya tidak mahu mendahului pertimbangan mereka, tetapi salah satu kemungkinan adalah untuk meletakkan buku-buku ini di bahagian yang lebih sesuai untuk khalayak pembacanya membuat pinjaman, sepertimana yang dilakukan dalam kes ini (kes tiga buku kanak-kanak berbaur homoseksual yang kini ditarik keluar dan dua ditempatkan di bahagian dewasa).

“Kemungkinan lain termasuklah meletakkannya di bahagian rujukan, atau dijual atau didermakan,” kata Dr Yaacob.

Tengkarah tercetus awal bulan lalu menyusuli tindakan NLB menarik keluar tiga buku kanak-kanak berbahasa Inggeris yang berbaur homoseksual – And Tango Makes Three, mengenai dua penguin jantan yang menetaskan telur; The White Swan Express: A Story About Adoption, yang antara lain memaparkan pasangan lesbian dan ibu tunggal; dan, Who’s In My Family?: All About Our Families, tentang pelbagai struktur keluarga.

Keputusan itu dibuat NLB menyusuli maklum balas awam yang mendapati buku-buku tersebut tidak mencerminkan resam hidup masyarakat di sini yang konservatif.

Sumber: http://beritaharian.sg/setempat/nlb-proses-lebih-jelas-untuk-buku-kontroversi

letters R1C

YOUTUBE: youtube.com/user/rilek1corner

FACEBOOK: facebook.com/rilek1corner

TWITTER: twitter.com/Rilek1Corner

WEBSITE: rilek1corner.com

EMAIL: [email protected]

FEEDBACK: CONTACT RILEK1CORNER

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *