Kembali Ke Fitrah: Mengapa Alfian Sa’at Ambil Hati Nasihat Dari Zulfikar Shariff?

Salam admin,

Semalam Cik Zulfikar Shariff ada post di Fb nya satu nasihat yang datang dari Pergas sendiri. Dalam post itu juga Cik Zulfikar menasihati bahawa barang sesiapa yang menghadiri majlis bermaksiat harus berfikir akan akibatnya bila berdepan dengan Allah swt kelak. Dia menyeru mereka yang berniat untuk menghadiri majlis sedemikian untuk berdoa agar ajal mereka tidak tiba ketika melakukan sesuatu yang dimungkari Alla swt.

Zulfikar Shariff - Guidance

Pada pendapat saya, nasihat Cik Zulfikar tepat pada waktunya. Ianya satu peringatan bagi semua masyarakat Muslim supaya menjauhkan diri daripada kegiatan-kegiatan maksiat. Para ulama, guru-guru dan juga ibu-bapa, pada pendapat saya, juga memberi nasihat sedemekian.

Tetapi Alfian Sa’at tidak dapat terima nasihat dari Cik Zulfikar. Kita semua tahu mengapa sebenarnya Alfian tidak setuju.  Tetapi apa salahnya seorang Muslim yang lebih pakar menasihati masyrakat umum yang mungkin, telah lupa akan dasar sebagai seorang Muslim.

Alfian juga menuduh Cik Zulfikar sengaja menakut-nakutkan masyarakat.

Alfian Saat 1

Memang betul kata Cik Zulfikar. Kalau kita fahami yang dunia ini sementara, kita akan melakukan yang sebaiknya untuk megejar pahala untuk akhirat nanti.

Mengapa Alfian tidak dapat makan nasihat? Mengapa harus ditindas nasihat kata-kata Cik Zulfikar itu? Sebagai seorang yang dikenali ramai lapisan masyarakat, Alfian mempunyai tanggungjawab menjadi contoh sebagai kepada anak-anak kita.  Memang diakui, Alfian seorang yang tersohor dalam bidang teater.  Namun, itu bukan bermaksud yang dia itu manusia serba sempurna, tiada dosa, dan mengetahui segalanya.

Alfian juga berpendapat agar Cik Zulfikar lebih konsisten dalam menggunakan peringatan tentang kematian dan akhirat bila memberi nasihat tentang segala yang dimungkar Allah swt. Permintaan itu melampau. Apa tujuannya? Atau mungkin Alfian sendiri akur akan ketepatan nasihat Cik Zulfikar?

Alfian Saat 2

Mungkin, hati Alfian belum terbuka. Kita sama-sama mendoakan agar suatu hari nanti, Alfian diberi petunjuk dan kembali ke fitrah.

Buat masa ini, saya harap anak-anak muda kita berfikir dengan lebih kritikal tentang isu LGBT ini, berlandaskan ajaran Islam. Jangan terikut-ikut sangat, biarpun kita kagumi bakat dan karya seseorang itu.

Nasihat untuk membina, bukan untuk menghancurkan.

Rashid

[Reader Contribution]

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *