Jangan Sekali-Kali Berputus Asa Dengan Singapura

Pada suatu pagi yang indah, saya mempunyai salah satu detik kehidupan sebagai seorang ayah muda apabila saya terpaksa menjawab soalan falsafah anak saya yang berusia empat tahun yang bertanya, “mengapa orang meninggal dunia.”

Selepas saya menjelaskan bahawa semua orang akhirnya akan menemui kematian, beliau mengagumi saya dengan soalannya lagi. “Jika semua orang meninggal dunia, siapakah yang akan menjaga Singapura?” katanya lagi.

Untuk seketika, hati saya berdebar-debar dan debu seolah-olah berkumpul di mata saya (saya menangis sebenarnya). Setelah mendengar soalan mendalam ini daripada anak saya yang berumur empat tahun, saya berkata: “Umar, kamulah yang akan menjaga Singapura sebagaimana ayah telah menjaganya.”

Barulah saya faham mengapa datuk dan nenek saya sentiasa bersemangat ketika mengingatkan kami bagaimana kami harus menjaga negara ini dalam semua aspek kehidupan. Ia bukan sekadar menurunkan negara ke generasi akan datang.

Ia adalah untuk memastikan orang yang tercinta dapat terus mencari makna dalam hidup, mengoptimumkan potensi mereka ke tahap tertinggi dan menyedari sifat kemanusiaan dalam diri kita adalah untuk kebaikan dan kegembiraan kepada dunia ini.

Menjaga Singapura bermakna menjamin masa depan di mana orang yang kita sayangi boleh terus mengamalkan dan mengekalkan nilai-nilai kebaikan, keindahan budaya dan untuk orang-orang seperti diri saya, pengertian iman dan unsur-unsur tamadun yang hebat untuk generasi akan datang.

Sejak kebelakangan ini, kita terdedah kepada segelintir rakyat Singapura yang tidak berpuas hati terhadap pelbagai dasar. Walau bagaimanapun, hakikatnya adalah, kita mampu memberikan komen, kritikan dan juga menyumbang kepada penghalusan dasar tersebut.

Ia adalah satu rahmat tersendiri. Sebagai seorang warga Singapura, saya penerima kepada dasar-dasar tersebut – baik dari segi perumahan, pengangkutan, sosial dan lain-lain.

Ada kalanya saya mengaku saya salah seorang daripada rakyat Singapura yang tidak berpuas hati. Walau bagaimanapun, kita masih boleh memilih sama ada terus menyebarkannya tanpa memberi jalan keluar, ataupun kita boleh berkongsi fikiran yang dapat memberikan idea-idea praktikal dan wajar untuk memperbaiki, meningkatkan atau mengkaji semula dasar-dasar.

Apa yang saya pelajari daripada soalan anak saya adalah kita tidak boleh melepaskan tangan terhadap Singapura. Ia adalah dengan rahmat Allah, nilai dan kepercayaan ini yang dapat menyatu kita supaya dapat mencapai kejayaan yang kita saksikan hari ini.

Peningkatan kesedaran sivik , dialog dan percambahan pertukaran dalam talian dan luar talian mengenai dasar, mutu dan makna hidup ialah penunjuk penting bahawa masyarakat semakin matang. Ia adalah bukti aspirasi rakyat agar Singapura terus diperbaiki. Ia perlu dipupuk dan berpandukan kebijaksanaan, belas kasihan, empati dan kemurahan dan tidak boleh dihancurkan oleh penghasut dan komen negatif.

Biar suara kita didengari dan pandangan kita dipertimbangkan secara serius oleh semua. Untuk itu, kita perlu mengemukakan pandangan yang meyakinkan, rasional dan praktikal – yang boleh dicapai dalam jangka masa pendek dan panjang untuk dan oleh Singapura.

Saya yakin terdapat cabaran baru global dan serantau yang memberi kesan kepada ekonomi dan landskap sosial.

Cinta kita antara satu sama lain sebagai rakyat Singapura lebih mendalam daripada apa yang kita sangkakan.

Pengalaman saya berada di hospital menjaga bapa saya selama 11 bulan membuatkan saya melihat sebahagian rakyat Singapura yang penyayang dan bersatu padu.

Dalam wad pergantungan tinggi selama empat bulan, keluarga yang menjaga, tanpa mengira bangsa atau agama, berkongsi cabaran dan memberi sokongan emosi untuk satu sama lain.

Kami juga menangis bersama-sama apabila merempuhi cabaran untuk orang yang kita sayangi.

Ibu saya yang berada di sana setiap hari membangunkan hubungan rapat dengan penjaga yang lain.

Begitulah semangat kampung yang terserlah di depan mata saya, selama ini hanya dapat saya dengar, memandangkan rumah pertama saya adalah sebuah flat HDB.

Ia memberikan saya harapan dalam masa krisis kerana identiti warga Singapura yang dikata-katakan itu kuat dan ada di dalam kita.

Sebagai seorang Muslim Singapura, saya yakin bahawa peluang untuk terus membuat pengalaman hidup agama masyarakat saya dan masyarakat Singapura lebih bermakna semakin kita bergerak ke hadapan sebagai sebuah masyarakat yang matang.

Selamat Ulang Tahun ke-50 saya ucapkan kepada Singapura dan rakyatnya, semoga makmur untuk bertahun-tahun lagi.

Majulah Singapura.

  • Penulis, Ustaz Irwan Hadi Mohd Suhaimy, Ketua Pejabat Mufti.

 

Source: http://beritaharian.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *