Calon NSP Yadzeth Haris Dakwa PAP Cuai Tangani Masalah Pendidikan Remaja Melayu Singapura

Calon Melayu NSP bagi GRC Sembawang, Yadzeth Haris menyentuh tentang soal pendidikan di rapat pilihan raya malam tadi.

Beliau mendakwa para Anggota Parlimen Melayu PAP cuai untuk menangani masalah pendidikan remaja-remaja Melayu.

“Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam tetap menekankan bahawa remaja Melayu telah membuktikan kemajuan usaha dalam pendidikan tetapi pada masa yang sama terdapat jurang yang besar antara remaja Melayu kita dengan bangsa-bangsa lain.

“Malah tiada yang menunjukkan sebarang hasil dari segi peningkatan yang memberangsangkan dalam pendidikan remaja-remaja Melayu kita,” kata Encik Yadzeth.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *