PERMAIDANI merah yang terbentang gah di Pesta Filem Cannes ke-69 di Perancis menyambut mesra kedatangan pelakon tempatan filem Apprentice, Firdaus Rahman dan Mastura Ahmad, kelmarin.
Sanjungan luar biasa turut diterima kededuanya di tayangan perdana sedunia filem tersebut yang menyingkap kehidupan seorang perantis penjara (lakonan Firdaus).
Turut hadir bersama Firdaus dan Mastura ialah pengarah filem Boo Junfeng dan pelakon prolifik Malaysia Wan Hanafi Su.
Filem yang 80 peratus dihasilkan dalam bahasa Melayu dan 20 peratus pula dalam bahasa dialek dan Inggeris itu juga dipertanding bagi Anugerah Un Certain Regard.
Bahagian Un Certain Regard itu diperkenal dalam 1978 dan memaparkan filem asli lagi berbeza daripada serata dunia.
Apakah pengamatan pengkritik filem antarabangsa mengenai Apprentice? Apakah pula yang membuatkan Mastura dan Firdaus kagum?
Source: www.beritaharian.sg