Saya faham sangat apa yang diluahkan oleh Zuwainah ‘Illiyyin Nursuci ini.
Dan bagi sesiapa yang sudah biasa turun padang dan bergelumang dengan isu-isu seperti ini, akan dapat merasakan cabaran yang dihadapi oleh pegawai masjid ini.
Bukan senang…
Bukan senang membantu orang-orang dari golongan yang bukan senang. Adakala, sesetengah orang yang sudah dibantu begitu bijak mencanai cerita-cerita sedih untuk mensensasikan keadaan sehingga sanggup menabur fitnah ke atas masjid dan pegawai masjid yang sudah pun membantu. Dan ada sebahagian juga yang sudah pun mempunyai rangkaian atau network yang baik untuk mengetahui lubuk-lubuk bantuan yang terdapat di sekitaran. Dengan rangkaian ini, mereka berjaya mendapatkan bantuan-bantuan dari pihak-pihak pertubuhan Islam yang lain.
Secara peribadi, saya sendiri tahu wujudnya keluarga-keluarga yang hidup dengan cara mendapatkan bantuan dari pihak-pihak pertubuhan Islam, termasuk masjid, secara berangkai….dari datuk-nenek sehinggalah ke peringkat cucu cicit. Apabila ditanya, mereka kata bantuan yang mereka terima secara total cukup untuk membiayai keperluan keluarga setiap bulan dan tidak perlu bekerja.
Dan jangan kata pertubuhan Islam, termasuk masjid-masjid, tidak payung. Pelbagai jenis bantuan sudah dihulurkan untuk mereka-mereka yang berupaya untuk mendapatkan pekerjaan agar mereka bekerja. Namun, yang empunya badan enggan merebut peluang-peluang yang diletakkan di dalam tangan mereka. Mereka ini melepaskan peluang-peluang itu begitu sahaja. NAK SALAHKAN SIAPA?
Namun, memang ada juga genuine cases di mana mereka memang benar-benar memerlukan bantuan secara tetap setiap bulan kerana keadaan keluarga yang tidak stabil di atas pelbagai sebab seperti kesihatan dan kecacatan.
Dan bagi kita yang setakat hanya terserempak atau terdengar akan cerita-cerita seperti ini, perlu berhati-hati sebelum menjatuhkan “hukuman” terhadap masjid-masjid, pertubuhan-pertubuhan Islam dan pegawai-pegawai yang bertugas.
Bukan senang punya kerja…
Namun, berdasarkan pengalaman peribadi, saya yakin bahawa tidak ada masjid atau pertubuhan Islam yang secara sengaja tidak mahu menghulurkan bantuan kepada mereka-mereka yang memerlukan.
TIDAK ADA.
Yang ada, adalah sebahagian manusia yang “abused the system” demi kepentingan peribadi.
WaLlahua’lam bissowab
Source: Mohd Khair