Pekerja Kebajikan Masjid: Ada Peminta Bantuan Berkali Layan Masjid Macam ATM, Tidak Mahu Terima Syarat-Syarat

Membaca komen2 org yg salahkan masjid kerana ada org susah yg tak dpt bantuan masjid tp dapat bantuan church…kata mereka masjid harus bertanggungjawab jika mereka tukar agama.

Saya teringat peristiwa 5 tahun dulu.

Ada seorang klien ni mmg peminta berulang. Tak bg, dia marah. Dia complain dgn semua org kata masjid TAK PERNAH tolong. Jaja cerita ‘sedih’ dia sana sini. Sedangkan bantuannya da disambung berkali2. Da bertahun terima tp tetap dgn sikap yg sama.

Tak bg je, dia buat kecoh. Dia kata masjid tak tolong. Pergi church lg bagus, katanya. Diaorg tak byk soal tp terus bg duit.

Bayangkan bila dia kecoh2 dpn kaunter masjid. Jemaah masjid yg lain tengokkan saya. Sampai imam masjid kata, “Zuwainah kenapa tak bg dia? Kesian dia…”

Saya tak tahu nak marah ke nak nangis. Semua cerita klien adalah confidential. Kita je yg tahu da berapa kali klien tu dpt bantuan. Dah berapa byk info yg dia bohong. Berapa byk dokumen yg tak menepati cerita yg diberi.

Saya jawab, “Ustaz, dia da byk kali dpt bantuan. Cerita yg dia kecoh2kan ni tak sama dgn bukti dokumen yg ada. Saya nak dtg home visit nak tgk anak2(katanya anak2 semua dia yg jaga)dia pun dia tak bagi. Macam2 alasan dia beri”.

Ketika klien ni tengah buat kecoh,seorang jemaah terus dtg kepadanya dan bg duit. Saya terdengar atau mmg sengaja jemaah tu nak saya dengar “Takpe ambik ni buat beli makanan anak dan isteri. Tak pyh harapkan sangat duit dr masjid ke muis ni. Penat je minta”, katanya sambil ekor matanya menjeling ke arah saya.

Terus klien tu cakap pd saya, “Lepas ni saya tak nak dtg masjid lg. Saya nak pergi church aje. Awak bertanggungjawab atas semua ini!”

Saya terdiam. Tak terjawab.

Setelah klien tu pergi, saya masuk semula ke ofis. Saya duduk diam2 di tempat saya. Masih terperanjat dgn apa yg terjadi.

Akhirnya saya tak mampu tahan. Saya menangis dalam diam. Stress nye kerja ni. Kena marah dgn klien. Kena marah dgn jemaah. Nasib tak baik, rakan kerja pun mempersoalkan.

Tapi saya tak blh ceritakan semua tentang klien tu. Itu keaibannya. Itu harga diri dia.
Serba salah.

Bagi orang2 yg rasa pihak masjid tidak memberi haknya, harap beri details nama klien, ic, pegawai nama siapa, tarikh bila kejadian tu berlaku & masa kejadian. Senang untuk investigate samada mmg benar atau sebenarnya cerita rekaan mcm cerita ‘sedih’ di atas.

Kalau setakat kata, 3 tahun dulu saya pernah minta bantuan…2 minggu lps kakak saya minta bantuan tp pegawai halau keluar…semua org blh ckp. Semua org blh buat cerita atau menokok tambah apa yg ada.

Dan jika ada pegawai yg melakukan kesalahan, tidak adil untuk men’streotype’kan semua.

Berlaku adil itu wajib.
Usah kita menzalimi orang atas alasan menegakkan keadilan bg orang lain.

Dua2 adalah saudara seislam kita. Kita tak boleh menjatuhkan seseorang untuk menaikkan seseorang yg lain.

Hati-hati.

 

Source: Zuwainah ‘Illiyyin Nursuci

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *