Sekitar 20 belia dari Masjid Ar-Raudhah menyingsing lengan membersihkan kereta bagi tujuan amal hari ini (13 Ogos).
Para belia mula mencuci kereta di Bukit Batok Nature Park pada 9.00 pagi tadi.
Pada akhir acara, mereka berjaya membersihkan lebih 25 kereta.
Dua lagi sesi cuci kereta akan diadakan pada 20 dan 28 Ogos di tempat yang sama.
Projek tahunan ini dimulakan kumpulan belia Masjid Ar-Raudhah, Al-Fateh pada 2014.
Dana yang terkumpul digunakan bagi kegiatan belia Al-Fateh, termasuk lawatan amal ke Tanjung Pinang, hujung tahun nanti.
“Dengan program sebegini, kami dapat beramah mesra dengan masyarakat di kawasan ini dan di daerah masjid. Ini sedikit sebanyak dapat memupuk semangat perpaduan kaum di kalangan belia,” kata Pengerusi Al-Fateh Nur Wahidah Arba’in.
Source: Berita MediaCorp