Seorang guru bahasa Melayu menerima Anugerah Presiden bagi Guru yang disampaikan oleh Presiden Tony Tan Keng Yam di Istana hari ini (1 September).
Cik Juliana Johari dari Sekolah Rendah Qihua merupakan salah seorang daripada enam penerima anugerah tersebut.
Mereka dipilih daripada 2,557 guru yang dicalonkan untuk anugerah tersebut pada tahun ini.
Para penerima anugerah diiktiraf atas dedikasi mereka kepada pembangunan holistik murid-murid mereka melalui pendekatan yang inovatif.
Sebagai peran contoh, mereka juga berkhidmat sebagai pelajar sepanjang hayat dan mentor kepada rakan-rakan sekerja mereka.
Penerima anugerah itu dipilih oleh sebuah panel yang dipengerusikan oleh Cik Denise Phua, pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah bagi Pendidikan.
Source: http://berita.mediacorp.sg