Apabila polisi membina 2 casino dibahaskan dalam parliament dan diletakkan pada undian, tidak seorang pun AP Melayu/Islam menentang hasrat pemerintah. Malahan mereka setuju dgn hala tujuan pemerintah untuk membangunkan negara dgn hasil perjudian.
Sebaliknya, yg menentang ialah AP2 bukan Islam.
Baru2 ini, pemerintah meluluskan permohonan dari Singapore Pools dan Singapore Turf Club untuk menyediakan perkhidmatan ‘Online Gambling.’
Langkah itu menimbulkan kebimbangan daripada pihak Majlis Kebangsaan Gereja-Gereja yang menekankan bahawa perjudian akan meninggalkan kesan buruk terhadap masyarakat.
Yg peliknya, bantahan dari MUIS dan AP2 Melayu kita tidak langsung kedengaran. Walaupun Singapura adalah negara sekular, ini tidak bermakna nilai2 murni yg diajarkan kepada kita melalui agama Islam tidak boleh diluahkan.
Kita dapat melihat bagaimana Majlis Kebangsaan Gereja-Gereja memainkan peranannya terhadap masyarakat umum dengan mengambil pendirian tegas terhadap polisi2 pemerintah yg tidak sehaluan dgn ajaran agama mereka.
MUIS selaku kuasa tertinggi yg menyeliakan hal ehwal umat Islam di Singapura, seringkali didapati membisu apabila pemerintah menggubal rang undang2 yg bercanggah dgn ajaran Islam.
Pucuk kepimpinan MUIS yg lemah setelah beberapa dekat ini menjadikan organisasinya mandul. Tidak dapat memainkan peranan nya seperti yg diharapkan oleh masyarakat.
Pada masa jangkau yg panjang, kelemahan MUIS untuk membuat pendiriannya terhadap isu2 genting yg berkaitan dgn polisi2 negara, akan menghilangkan pengaruh masyarakat Islam Singapura.
Source: Khan Osman Sulaiman