Yuna Tegas Kekal Di Amerika Di Sebalik Kebimbangan Tentang Sentimen Anti-Muslim

KUALA LUMPUR: Penyanyi antarabangsa berhijab, Yuna, berikrar untuk kekal di Amerika Syarikat dan meneruskan kerjayanya di sana.

Ini meskipun di tengah-tengah kebimbangan tentang tindak balas anti-Muslim di negara itu menyusuli kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden.

Yuna menegaskan demikian setelah sesetengah peminatnya meminta beliau pulang ke Malaysia, lapor Malay Mail Online.

Encik Trump, semasa berkempen untuk menjadi presiden, sebelum ini menyeru agar semua orang Islam diharamkan daripada memasuki Amerika Syarikat.

“Saya akan pulang ke rumah sekali-sekala untuk pekerjaan/keluarga. Namun, ingat. Pelajar Malaysia di sini kena terus di sini untuk belajar. Kena jadi ‘brave’ macam mereka,” tulis Yuna di laman Twitternya semalam (9 Nov).

 

Catatan Twitter Yuna itu sudah dikongsi lebih 3,650 kali sejauh ini.

“Nampaknya, kami harus bekerja lebih keras untuk menggalak rasa kasih sayang, hormat, kesefahaman dan persamaan,” kata Yuna dalam satu lagi kiriman di Twitter seperti ditukil Malay Mail Online.

Selain retorik anti-Muslim, Encik Trump semasa kempen pilihan raya juga menyifatkan warga Mexico sebagai “perogol” dan “penjenayah.”

Bagaimanapun, laman The Independent melaporkan bahawa kenyataan Encik Trump yang menyeru orang Islam dilarang masuk ke Amerika Syarikat itu sudah dipadamkan dari laman rasminya.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *