Pelajar Madrasah Irysad Zuhri, Madrasah Alsagoff Al Arabiah Muncul Tiga Pelajar Terbaik Dari Madrasah

Pelajar dari Madrasah Irsyad Zuhri, Luqman Jun’En Mohd Sa’ad, meraih agregat tertinggi keseluruhan bagi pelajar madrasah sebanyak 267.

Luqman mendapat 3A* dan 1A.

Gred 3A* diperolehi bagi bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan Matematik, manakala 1A untuk mata pelajaran Sains.

Beliau juga merupakan pelajar terbaik Madrasah Irsyad bagi Peperiksaan Sekolah Rendah Pengajian Islam tahun ini.

PELAJAR KEDUA TERBAIK – AHMAD AN-NAFEES

Seorang lagi pelajar Madrash Irsyad, iaitu Ahmad An-Nafees Mohd Najib, muncul sebagai pelajar kedua terbaik dari sektor madrasah dalam PSLE kali ini, setelah dia mencatat agregat 265.

Dia juga mendapat 3A* dan 1A.

3A* dalah bagi bahasa Melayu, Matematik dan Sains. Gred A pula adalah bagi bahasa Inggeris.

Madrasah Irsyad mengekalkan prestasinya dengan menghasilkan 13 pelajar yang menduduki 10 tangga teratas di kalangan pelajar madrasah dengan agregat terbaik.

AGREGAT TERTINGGI MADRASAH ALSAGOFF DALAM MASA 8 TAHUN

Pelajar Hanina Rehan menjadi pelajar madrasah ketiga terbaik dari kalangan pelajar madrasah, selain dinobatkan pelajar terbaik Madrasah Alsagoff Al Arabiah.

Hanina berkongsi kedudukan dengan dua lagi pelajar madrasah Irsyad.

Dia mendapat agregat 263, paling tinggi pernah dicapai madrasah tersebut sejak PSLE diwajibkan ke atas pelajar madrasah pada tahun 2008.

Hanina, anak keempat dari enam adik beradik mendapat gred A* untuk bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, gred A untuk Sains, dan B untuk Matematik.

SEMUA 4 MADRASAH PENUHI UKUR TARA PSLE

Kesemua madrasah melepasi ukur tara agregat PSLE yang ditetapkan MOE, iaitu 179 mata agregat, untuk membolehkan madrasah terus mengambil masuk pelajar darjah satu.

Malah kesemua madrasah mencapai purata agregat lebih tinggi berbanding tahun lepas.

97.6% pelajar madrasah layak ke sekolah menengah.

Tahun ini seramai 255 pelajar madrasah menduduki PSLE.

 

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *