Lelaki 39 Tahun Terjun Dari Tingkat 8 Di Tampines

Seorang lelaki Melayu berusia 39 tahun cuba membunuh diri dengan menerjun dari tingkat 8 sebuah flat di Blok 903 Tampines Avenue 4 hari ini (27 Jan).

Demikian disahkan Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) kepada BERITAMediacorp.

SPF menyatakan kepada pihak kami, ia dimaklumkan tentang perkara itu pada pukul 2.28 petang tadi.

SCDF juga memberitahu BERITAMediacorp lelaki itu didapati menguncikan dirinya di dalam sebuah bilik tidur sebelum berdiri di parapet luar tingkap bilik tersebut.

Seorang pengguna Facebook, Abdillah Salleh yang dihubungi BERITAMediacorp menceritakan bahawa beliau berada di kawasan tersebut dan sempat memetik gambar dan memuat naik video tindakan berbahaya lelaki tersebut.

Fly fly fly! Free fall ..but will nvr get any airborne badge..

Posted by Abdillah Salleh on Friday, 27 January 2017

“Masa itu, sudah 3.00 lebih petang dan saya nampak keadaan kecoh lalu saya memetik gambar itu,” kata Encik Abdillah kepada BERITAMediacorp.

SCDF pula menambah, pihaknya mengerahkan dua buah kereta bomba, dua motosikal bomba, satu ambulans dan dua kenderaan sokongan ke tampat kejadian.

Pihak SCDF memasang satu tilam keselamatan berisi angin di tingkat bawah lantai yang berada di bawah tingkap bilik itu.

Lelaki itu kemudian melompat terjun ke bawah dan pasukan paramedik segera bergegas ke arah lelaki itu.

SCDF memberitahu BERITAMediacorp, lelaki itu didapati tidak sedarkan diri selepas itu dan dibawa ke Hospital Besar Changi.

SPF menyatakan lelaki berkenaan selepas itu ditangkap atas percubaan cuba membunuh diri dan siasatan terhadap lelaki itu sedang dijalankan.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *