Pihak Polis Siasat Bantahan Dalam MRT Yang Berlalu Pada Sabtu Lalu

Aduan polis sudah dibuat terhadap bantahan yang diadakan di dalam kereta api pada hari Sabtu (3 Jun) dan pihak polis mengesahkan bahawa ia sedang menyiasat aduan tersebut.

Bantahan itu diadakan bagi menentang penahanan yang berlaku 30 tahun lalu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pada Mei 1987, 22 orang ditahan di bawah Operasi Spectrum dan dituduh terlibat dengan pakatan Marxis untuk mewujudkan sebuah negara komunis.

Menyusuli pelancaran sebuah buku pada bulan lalu oleh bekas tahanan bagi menandakan ulang tahun penahanan mereka, para aktivis mengadakan bantahan secara aman di Laluan Utara-Selatan dengan menutup mata mereka dengan kain sambil memegang buku “1987: Singapore’s Marxist Conspiracy 30 years on”.

Aktivis sosial Jolovan Wham turut mengongsi gambar-gambar mengenai bantahan itu di Facebooknya, yang kini tersebar online.

Pihak polis menyatakan,” Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghantarkannya online di www.police.gov.sg/iwitness. Semua maklumat akan dirahsiakan.”

 

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *