[Malaysia] Bayi Masih Bertali Pusat Dibuang Dalam Longkang

Polis menahan seorang pelajar wanita sebuah institusi pengajian tinggi berhubung kes penemuan mayat bayi lelaki di dalam longkang berhampiran Klinik Desa Bukit Sagu petang semalam.

Wanita itu pada awalnya mendakwa menemukan mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan itu di dalam longkang dan telah membawanya ke pondok polis atas nasihat orang ramai. Bagaimanapun setelah diasak dengan beberapa soalan beberapa kali, wanita berkenaan akhirnya mengaku bayi itu miliknya dan dilahirkan beberapa jam sebelum itu di rumah teman lelakinya di sebuah kuarters kerajaan berhampiran kawasan itu.

Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau didenda, atau kedua-duanya sekali.

 

Source: Bernama

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *