Malaysian Malay’s Perception Towards Singaporean Malays, is this really true?
***
Pada 11/6/2015, khamis baru2 ini saya ke Singapura untuk trip satu hari. Setibanya saya di Changi Airport saya lihat agak ramai pekerja2 airport Melayu yang agak lanjut umur bekerja sebagai pencuci. Apabila saya berjumpa sahabat saya Dr Hisham saya pun bertanyakan beliau tentang Melayu di Singapore kerana apa yang saya lihat di airport suasana kurang selesa pada saya. Dr Hisham memulakan ceritanya dengan berkata, orang Melayu di Malaysia patut bersyukur banyak2 kerana nasib mereka di Singapore cukup ditekan.
Katanya, pertama peluang untuk melanjut pelajaran amat tipis. Dari 100 orang, hanya 4 orang anak Melayu diterima berdasarkan quota dimana Melayu di Singapore hanya 4% sahaja. Katanya lagi, 4 pelajar ini akan diberikan kursus yg akan ditentukan oleh universiti. Pastinya kursus tersebut adalah yg paling sukar! Sekiranya pelajar tersebut ingin menukar kursus pihat universiti tidak membenarkannya sebaliknya menasihatkan pelajar tersebut berhenti saja.
Sekiranya pelajar tersebut gagal walau satu kertas ujian, dia akan dikeluarkan dari universiti. Tetapi sekiranya berjaya, pihak universiti akan menekan pelajar tersebut agar menjelaskan yuram yg tinggi. Sekiranya gagal maka pelajar tersebut terpaksa berhenti dari U tersebut. Perlu diketahui TIADA BIASISWA UTK PELAJAR MELAYU DI SINGAPURA!
Begitu juga halnya dalam perniagaan. Seperti sahabat saya , beliau mempunyai klinik sendiri tetapi sekiranya pihak kerajaan melihat potensi yang begitu baik maka beliau dipaksa untuk menerima seorang Cina Singapore untuk duduk sebagai Pengarah! Sekiranya beliau tidak bersetuju, beliau akan berhadapan lesen perniagaannya tidak lagi disambung dan diarahkan tutup! Orang Melayu yang ingin berniaga di Singapore harus menerima lokasi yg telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Lokasi2 strategik kebanyakkannya dikuasai oleh Cina manakala Melayu luar dari kawasan tersebut ditambah pula dengan kadar sewaan yang tinggi.
Sikap pemimpin Cina yang begitu skeptikal dengan Melayu dan sering kali dikaitkan sebagai kumpulan bermasalah di Singapore menyebabkan ramai Melayu yang diperosok ke dalam pusat tahanan melalui penguatkuasaan ISA! Sekirannya 4 Melayu sudah selesai menjalani hukuman dibawah ISA, kerajaan Singapore akan memastikan 4 Melayu lain akan mengisi tempat tersebut. Bentuk kesalahan adalah berbagai. Banyak lagi tekanan yang diceritakan dan bagaimana Melayu didiskriminasi sebagitu hebat. Tetapi Melayu kita di Malaysia masih tidak sedar akan niakmat berkerajaan sendiri. Mungkin nasib kita juga sama dgn Melayu Singapore klu kita masih seronok bertelagah kerana politik.
Source: Abdul Rahman