“Memalukan kalau Ustaz perut buncit.” (tajuk berita, di Berita Mediacorp hari ini)
Ini adalah satu bentuk pernyataan yang berpotensi me”merpatilobang” (pigeon hole, bulan bahasa kena berusaha guna bahasa Melayu) kan sesuatu isu kepada asatizah, tanpa alasan yang jelas.
Kenapa?
1. Jika berperut buncit itu aib, ia bukan hanya aib bagi asatizah, tapi juga bagi bukan asatizah i.e karyawan.
2. Fakta menunjukkan bahawa perut buncit bukan hanya wujud di kalangan asatizah.
3. Selama mana tiada data yang menunjukkan fenomena perut buncit lebih banyak dan dominan di kalangan asatizah dari kategori-kategori lain dalam masyarakat, me”merpatilobang” kan isu ini kepada asatizah adalah tidak adil.
4. Ada sesiapa buat kenyataan, “Memalukan kalau doktor Melayu/Muslim perut buncit, berkencing manis dsbg”?
Source: Muhammad Haniff Hassan