Pernikahan Seorang Belia Yang Berusia 21 Tahun Bersama Wanita 70 Tahun Atas Dasar Ibadah

Cinta itu buta. Buta usia dan buta pangkat. Ini satu lagi pasangan yang berkahwin atas dasar dasar tersebut.

Perbezaan usia antara Encik Ade Irawan dan Cik Sanih adalah sekitar 50 tahun, lapor laman Harian Metro.

Ade Irawan, 21 tahun bernikah dengan Sanih, 70 tahun dalam satu majlis yang diadakan di Kampung Cipicung, Desa Mekarsari di Cileungsi pada Ahad lalu (24 Sep).

Menurut laporan TribunnewsBogor, pernikahan pasangan itu menjadi viral setelah gambar mereka dimuat naik ke laman Facebook baru-baru ini.

ISTERI DULU SERING MINTA BELIKAN BANYAK BENDA

Menurut Encik Ade, beliau bernikah dengan Cik Sanih atas dasar cinta setelah perkahwinan sebelum ini dengan seorang wanita sebaya berakhir dengan penceraian.

“Saya bercerai kerana bekas isteri saya sering meminta membelikan banyak benda sedangkan saya hanya bekerja sebagai buruh.

“Pernikahan saya ini adalah jodoh dan saya niatkan sebagai satu ibadah berumahtangga,” katanya yang memberikan mas kahwin berupa kelengkapan solat.

Cik Sanih yang sudah dua kali menjadi janda pula berkata beliau berharap pernikahan kali ini kekal ke akhir hayat, lapor TribunnewsBogor.

“Semoga perkahwinan kami mendapat keberkatan dan saya berharap untuk mempunyai zuriat,” tambah beliau.

 

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *