Raja Bomoh dijangka bertanding PRU-14

IPOH: Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai `Raja Bomoh’, dijangka bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini di dua kerusi iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak.

Difahamkan, Ibrahim berkemungkinan akan bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Teluk Intan dan DUN Manjoi.

Berdasarkan edaran media yang dilakukan pembantunya, sidang media pengumuman berhubung perkara itu akan dibuat di sebuah hotel di bandar raya ini pada jam 2 petang esok.

Ibrahim juga dijangka akan menghadiri sidang media itu bagi mengumumkan sendiri penyertaannya pada PRU-14 kali ini.

Menurut edaran itu juga, kesemua wartawan yang hadir perlu menunjukkan kad media untuk memasuki sidang media itu bagi memastikan hanya media sahaja yang berada dalam majlis berkenaan.

 

Source: bharian

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *