Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) melancarkan aplikasi baru, ‘NLB Mobile App’, serta bekerjasama dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk menghiasi gerabak-gerabak kereta api bagi menggalak minat membaca.
Di bawah salah satu inisiatif Gerakan Membaca Kebangsaan (NRM), ia disasarkan kepada golongan karyawan muda supaya membaca semasa berada di dalam kereta api.
Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma dan menyediakan akses mudah kepada maklumat serta perincian perpustakaan.
NLB juga akan memberikan akses penuh kepada tiga buah buku selama tempoh tiga bulan, mulai hari ini (24 Okt).
Selain itu, gerabak-gerabak dua kereta api di Laluan Timur Laut dan Laluan Downtown dihias mengikut tema-tema cerita seperti misteri dan khayalan.
Kod-kod QR akan menghubungkan para penumpang kepada lelaman yang mempunyai senarai buku-buku yang disyorkan serta petikannya sebelum keputusan dibuat untuk memuat turunnya.
Source: Berita MediaCorp