Ridjal Noor: 10 Mistakes Of Malay F&B Businesses

Orang kita yang berbisnes makanan sungguh untung. Makanannya lazat dan power, semua orang boleh makan. Orang Melayu, orang India, orang Cina, orang mat Salleh semua minat makanan Melayu. Sanggup queue untuk beli. Tapi kenapa business Makan orang kita kebanyakkan tidak maju dan boomz sebesar-besarnya, ya?

Mari kita selidik some of the reasons:
(jangan marah kalau sentap, gunakan untuk muhasabah diri sama-sama.)

1. Suka buang muka kat customer. Tak faham langsung tentang mechanics of energy dan aura.

2. Tak sabar dengan customer. Beri $50 pun salah, beri syiling pun salah. Tapi takde PayWave. Lebih suka PayHalau. Halau customer yang takde exact change.

3. Suka duduk berhinggap di meja depan gerai dan bersembang dengan members. Customer datang survey, dia buat bodoh, buat dek aje.

4. Suka marah-marah. Terpekik-pekau. Dia dengan dia. Customer pun buat u-turn dan cabut.

5. Display makanan tanpa ada label. Ini lauk apa, itu lauk apa. Bukan kerja susah, cuma dia fikir semua orang sepatutnya tahu. Kalau customer tanya, dia marah.

6. Display menu dan signboard dari 10 tahun lalu. Sini pangkah sana pangkah, macam Ali Baba dan gengnya tengah planning nak serbu gerai dia malam nanti.

7. Tak tahu apa tu marketing. Cuma tahu marketing tu pergi pasar beli sayur.

8. Takde banner untuk nak tolong advertise gerai nya. Banyak kali, gerai nya terperuk kat satu corner. Tempat jin buat scissors kick.

9. Terlalu mengharapkan word of mouth marketing. Kalau business teruk, salahkan “mesti ada orang buat kita”.

10. Tak buat flyer marketing with call to action. Campak flyer di seluruh estate, letak di post box, di carpark kereta dan di pintu pangsapuri.

Rezeki itu beraliran. Ada Flow. Tersekat most of the time because we lack understanding of the minor minor things we do yang menghalau rezeki dan menghalau customer.

Kalau setuju, sila share.

 

Source: Ridjal Noor

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *