Sempena Kita Melayu dan Budaya Melayu kita:-
1. Kepelbagaian yang sempit tidak mencerminkan kematangan bangsa dan negara dan bercanggah dengan hakikat masyarakat berbilang kaum yang telah dan segar wujud di Singapura. Keindahan warna warni dalam bangsa melayu sendiri janganlah di kelirukan dengan kejumudan persepsi fikiran kita yg cuba membenarkan definasi melayu yang terbatas.
2. Kenapa acapkali pandangan-pandangan yang bercanggah sering timbul dari Pemerintah. Dalam satu aspek seperti isu Presiden Melayu, kita disuruh bersikap inclusive menerima orang lain yang telah dimelayukan. Tapi dalam hal gaya hidup tidak pulak bersikap inclusive malahan sangat jumud and cetek pandangan.
3. Bila lagi Pemerintah nak ubah sikap dan menerima setiap lapisan cerdik pandai tanpa pengkecualian dari kumpulan mahupun individu yang prihatin dan peka terhadap kepentingan bangsa melayu. Setelah 50 tahun menentukan kepimpinan melayu yang Pemerintah suka, apakah hasil yang boleh dibanggakan.
4. Hari ini tidak ada kekuatan dan mercu tanda sosial yg seharusnya sudah pun wujud yang kita orang Melayu boleh banggakan. Orang India ada Little India, orang asing filipina ada Little Manila, kita tidak ada apa yang setanding padahal jumlah kita lebih ramai dibandingkan golongan minoriti tersebut. Di mana silapnya.
5. Sikap curiga pemerintah terhadap golongan yang di luar jangkawan kuasa mereka harus dihapuskan. Ia bertentangan langsung dengan budaya melayu yang meraikan kepelbagaian, mementingkan gotong royong dan kesatuan tak kira siapa yang ingin menyumbang.
6. Kita mempunyai hak istimewa dalam perlembagaan negara yang menjamin status melayu sebagai pribumi. Adakah status ini setelah 50 tahun merdeka menguntungkan atau sebaliknya. Sudah tiba masanya untuk kita mengkaji dan membincang secara terbuka dan jujur demi mendapat jawapan yg tepat supaya bangsa ini boleh benar-benar berdikari dan mustahil bangsa ini tidak mampu menandingi pencapaian bangsa-bangsa lain jika diberi peluang yang sama.
7. Banyak isu yg lebih penting yg kita ketepikan dalam menyemarakkan sejarah kebudayaan bangsa melayu di bumi Temasek ini. Janganlah kita mempersendakan kemampuan bangsa kita sendiri dengan kejumudan minda kecil kepimpinan mereka dalam merumitkan sesuatu yang sudah menjadi perkara lumrah.
8. Kita bertanggungjawab bersama untuk menyemaikan sifat kebanggaan kepada bangsa melayu kita dalam jiwa setiap anak muda kita. Sebenarnya terlalu lama anak-anak muda kita dikecewakan daripada merasai naluri murni yg terpendam dalam jiwa mereka. Mereka rindukan jatidiri melayu Singapura yang boleh dibanggakan. Menjadi kesilapan besar jika orang melayu yang bangga dengan sejarah dan budaya bangsa mereka dianggap tidak setia kepada negara. Ini bukanlah keindahan kepelbagaian bangsa yang termaktub dalam perlembagaan negara.
Source: Damanhuri Bin Abas