Oh Orang Melayu. Bila nak taubat? Bila nak maju?
Semalam saya terbaca pasal pergaduhan di Geylang yang telah mengakibatkan seoang lelaki maut. Betul-betul ingatkan bangsa diorang yang terlibat sebab kan tempat kejadian kat Geylang lorong-lorong bukan Geylang Serai. Saya dimaklumkan Geylang Lorong 2 sampai Lorong 30 tu red light district di Geylang. Tak ramai Melayu did sana. Kejadian berlaku di antara Lorong 6 dengan 8. Di sana kalau ada kes sebegini selalunya bangsa diorang atau bangsa diorang yang diimport dari Cina.
Jadi bila dapat tahu yang terlibat merupakan orang Melayu, saya begitu terkejut.
Apa yang mereka buat di sana? Ada makanan halal ke? Duduk minum kopi je?
Yang lebih buat saya tertanya-tanya, kenapa ada perselisihan faham sampai tak boleh bawak bicara? Satu hilang nyawa tetapi berapa banyak keluarga yang akan musnah akibat perkelahian ini? Keluarga akan berpecah belah, anak-anak susah nak ke sekolah, tiada bembingan, masa depan mereka malap. Kerana apa? Kerana seorang wanita? Maaf cakap lah, wanita yang berkenaan pun bukan lah rupa macam Rahimah Rahim ke…
Mereka akan menyesal tak sudah. Tapi apa nak buat?
Sayang sekali. Saya lihat masyarakat kita ni penuh budaya, penuh pegangan, penuh daya kreatif dan penuh keberanian. Tetapi ciri-ciri in disalurakan kepada initiatif atau usaha yang bukan saja membebankan, malah merosakkan.
Saya teringat dahulu adik saya masuk penjara kerana penglibatannya dalam satu gang fight. Rioting. Mak saya yang susah payah pergi Changi Prison untuk melawat dia. Kita tidak ada duit. Mak pun kurang sihat tapi mak tetap mahu lihat adik saya. Dari Jurong Extension sampai Changi. Perjalanan sungguh jauh setakat nak bertemu adik kurang dari setengah jam.
Yang lagi mebuat saya sedih, ramai jugak nenek-nenek yang ditemani cucu-cucu mereka. Saya tanya diri saya kenapa adik-adik ni tak ke sekolah? Satu ni terangkan yang dia menemani nenek dia untuk melihat bapanya yang di dalam. Dia lah yang tolong nenek dia turun naik bas, pergi register kat Prison Link Centre…budak 10 tahun dah tahu pasal masalh dunia sebegini. Sepatutnya mereka berada di sekolah bersama rakan-rakan, bukan di Prison.
Sudah sekian lama, masyarakat kita masih terjebak dengan masalah sosial. Keluarga pincang, anak luar nikah, masalah dadah, masalah kumpulan samseng. Kenapa masih tak berubah?
Mana daya saingan kita? Mana wawasan kita?
Kalau bukan kerana masyarakat pun, ushalah yang baik-baik untuk mempertingkatkan diri anda demi masa depan kelurga. Jangan buang masa. Zaman kian berubah kalau kita tak ikut sama, kita akan hanyut ditelan arus pemodenan. Insha Allah, dengan berkat doa dan usaha, masyarakat kita akan, sedikit demi sedikit, merubah masa depan.
Reader Contribution: Ismadi