Isu Tudung: PKMS hantar surat terbuka pada PM Lee

CITYSCAPE 017

29th Januari 2014

MR LEE HSIEN LOONG
PRIME MINISTER OF SINGAPORE
PRIME MINISTER’S OFFICE
ORCHARD ROAD
ISTANA
SINGAPORE 238823

PER: ISU TUDUNG

Yang dihormati Perdana Menteri Encik Lee,

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS) memahami Pemerintah harus menjaga keperluan dan keharmonian semua kaum tetapi di masa yang sama Pemerintah juga harus menjaga keperluan masyarakat Melayu Islam Singapura seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Singapura artikel 152(2) di mana masyarakat Melayu Islam Singapura diberi hak istimewa termasuk melindungi dan menyokong tuntutan beragama seperti membenarkan kaum Muslimah memakai tudung.

Pembentukan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menurut Perlembagaan Singapura artikel 153 adalah bertujuan menasihati Pemerintah dalam hal ehwal agama Islam Singapura. Kenyataan Mufti Negara menerangkan betapa pentingnya kaum Muslimah memakai tudung adalah tepat dan benar. Permasalahan Agama ada penyelesaiannya, Pemerintah harus akur.

Masyarakat Singapura umumnya telah menerima pemakaian tudung dengan hati yang terbuka kerana telah lebih dari sepuluh tahun perkara ini dibentangkan. Di sebaliknya ia telah meningkatkan lagi persefahaman, toleransi dan keharmonian kaum tanpa disedari. Di samping itu nilai kesopanan serta keperibadian diri yang tinggi dapat dijaga dengan lebih baik.

Bertudung bukanlah suatu isu yang tidak dapat dihuraikan kerana ia adalah tuntutan hukum Syariah yang telah diperintahkan oleh ALLAH SWT ke atas hambanya serta ia telah disepakati oleh golongan Ulama yang Muktabar.

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS) sangat berharap Perdana Menteri memahami betapa pentingnya pemakaian tudung ini ke atas kaum Muslimah Singapura yang ingin menunaikan kewajipan mereka.

Sokongan padu Perdana Menteri Lee Hsien Loong amat dihargai dalam memberi kelonggaran kepada kaum Muslimah Singapura memakai tudung di kesemua sektor-sektor Pemerintah.

BERSATU BERSEDIA BERKHIDMAT

Terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

A JAMAL A RASHID
SETIAUSAHA AGUNG
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura

Salinan : President dan Majlis Tertinggi
Dr Yaacob Ibrahim
MUIS

1799131_619848724749482_902013695_o

1799131_619848724749482_902013695_o1597142_619848688082819_2110224787_o

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *