See more pictures of Gay Couple in School Uniform Caught Making out at SengKang CompassPoint
Ramai yang mungkin terperanjat, marah dan terkesan dengan paparan anak-anak kecil melakukan aksi yang tidak seharusnya, semalam. Dan ramai yang meluahkan harapan agar anak-anak kita dapat dibimbing dengan baik demi mengelakkan perkara ini daripada berlaku dalam keluarga sendiri.
Namun, apakah yang seharusnya dilakukan oleh para ibubapa sebagai intervensi (intervention) berkesan?
Berikut adalah LAPAN Intervensi yang boleh dipertimbangkan oleh ibubapa untuk tangani isu seksualiti anak-anak:
1. Menilai-semula sistem nilai dan juga tingkah-laku (behavior) ibubapa sendiri terhadap konsep seksualiti, termasuklah apa yang dituntut agama mengenai batas-batas
2. Menetapkan house rule atau peraturan keluarga berdasarkan sistem nilai dan tingkah-laku yang selari dengan Islam bagi keluarga-keluarga Muslim.
3. Faham erti pembangunan dan pembentukan seksualiti sihat dalam diri insan kamil.
4. Mengetahu tahap-tahap pembangunan anak-anak, dari lahir sehinggalah tahap pos-puberty
5. Memberi maklumat-maklumat dan menanam nilai secara bertahap mengikut peringkat umur anak-anak (age-appropriate) dan tahap-tahap pembentukan anak-anak
6. Kenal-pasti isu-isu seksualiti anak-anak yang sedang membesar
7. Engage anak-anak secara berterusan mengenai isu-isu seksualiti menggunakan pendekatan yang sesuai dengan zaman anak-anak
8. Terus-menerus update pengetahun ibubapa mengenai bidang seksualiti insani.
Dasar Asas Perlaksanaan Dalam keluarga:
1. Lebih AWAL lebih BAIK
2. Lebih KERAP lebih ELOK
3. Rebut TEACHABLE MOMENTS
4. Jadikan diri sendiri (ibubapa) sebagai ASKABLE
5. Lebih banyak BERDIALOG dari berleter
6. Lebih banyak MENDENGAR dari bersyarah
7. Lebih banyak BERINTERAKSI dari menyendiri
Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk menangani cabaran ini demi menjaga kemaslahatan masadepan anak-anak kita semua.
Allahul Musta’aan
Source: Singapore Hall of Shame, Mohd Khair