Askar Malaysia Makan Haiwan Haram Ketika Latihan Darurat di Hutan

Credit: Facebook Listen Listen Original

Credit: Facebook Listen Listen Original

Sebuah laman Facebook Listen Listen Original pada 31 Mei lepas mempersoalkan beberapa keping gambar yang memaparkan beberapa anggota tentera yang dipercayai dari negara Malaysia menikmati pelbagai juadah makanan di dalam hutan.

Menurut Facebook berkenaan, anggota tentera berkenaan mungkin dari Malaysia berdasarkan pakaian seragam mereka dan dilihat menjalani latihan memakan benda ‘haram’ sebagai latihan ketika darurat.

Gambar itu dikatakan dipaparkan pada mulanya di laman web maahadsas.edu.my mengatakan bahawa para anggota itu diberi latihan kelangsungan hidup atau bagaimana cara untuk menangkap, memasak serta memakan.

Di status Facebook berkenaan turut dipaparkan persoalan apakah tujuan sebenar latihan sebegitu diadakan dan ia dirujuk pula kepada kemungkinan latihan seorang ibu yang terdesak masalah kewangan untuk menjadi pelacur.

Selepas puas memberikan soalan berbaur provokasi baru laman Facebook itu memohon pencerahan daripada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam isu gambar anggota tentera memakan haiwan yang pelik-pelik yang didakwa haram itu.

Sumber: Facebook Listen Listen Original

 

EDITOR’S NOTE

Isu-isu sebegini juga ada tempiasnya di Singapura dan ianya juga menimbulkan tanda tanya tentang askar-askar kita yang beragama Islam: apakah mereka boleh memakan haiwan-haiwan yang boleh dikategorikan sebagai haram atau binatang liar ketika LATIHAN DARURAT?

Mungkin ada baiknya kita renungkan bersama. Antara agama dan juga negara ketika latihan darurat seperti ini.

Semoga kita akan mendapatkan penjelasan daripada pihak yang lebih ahli supaya masyarakat umum tidak membuat simpulan sendiri yang tidak berasas dan kurang bernas.

Selama ini, isu-isu sensitif seperti ini tidak dibicarakan secara terbuka. Inilah masanya.

letters to R1C

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *