Negara kita rapat dengan sebuah kuasa besar dunia yang juga merupakan pengeksport terbesar gayahidup kaum Sodom ke merata dunia.
Negara tersebut menggunakan pelbagai taktik putar belit dan ancaman demi memaksa negara-negara lain menerima dan menjadikan gayahidup Sodom itu sebagai normal, ‘halal’ serta dilindungi undang-undang berdasarkan hak asasi manusia.
Negara kita, Alhamdulillah, masih lagi mempertahankan undang-undang yang mengharamkan kegiatan seks luar tabii sepertimana termaktub dalam Seksyen 377A Kanun Kesiksaan (Penal Code). Dan kegiatan seks luar tabii ini adalah piala agung dalam gayahidup kaum Sodom.
Namun, pada masa yang sama juga acara tahunan untuk mempromosikan gaya hidup kaum Sodom tetap dibenarkan di negara kita. Ini menimbulkan semacam percanggahan nilai terhadap nilai-nilai kekeluargaan yang dipertahankan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan juga bertentangan dengan dasar perlaksanaan Seksyen 377A.
Apakah ini permulaan negara kita mula tunduk dengan tekanan kuasa dunia yang rapat dengan negara kita?
Atau apakah ini cara pihak berwenang untuk tangani tekanan dari kuncu-kuncu korporat kuasa besar tersebut agar negara kita tidak dipengapakan di peringkat ekonomi global?
Harapan kami sebagai rakyat Singapura adalah apa yang diucapkan PM Lee Hsien Loong baru-baru ini di Istana semasa acara IRO itu adalah petanda yang pihak pemerintah akan terus mempertahan Seksyen 377A dan untuk pihak-pihak yang menghidupkan gayahidup kaum Sodom untuk mengakui dan menghormati bahawa sebahagian aspek sosial rakyat Singapura berkait erat dan tidak dapat dipisahkan dari aspek keagamaan yang kami anuti. Kedua-duanya itu tidak dapat dipisahkan.
Pihak yang menghidupkan gayahidup kaum Sodom tidak boleh memaksa dengan cara terang-terangan mahupun cara licik pihak majoriti rakyat Singapura untuk menghalalkan gayahidup kaum Sodom itu dan menghapuskan Seksyen 377A.
Dan inilah nampaknya yang sedang mereka itu lakukan melalui acara tahunan untuk mempromosikan dan mengagungkan gayahidup kaum Sodom.
Apakah kita masih lagi tak nampak, atau buat-buat tak nampak?
Kepada yang ingin Kembali Kepada Fitrah, silakan. Kami terima dengan tangan terbuka.
Walau apapun, semoga ALlah melindungi dan mengampuni kita semua di atas perkara-perkara yang kita lakukan dan TIDAK lakukan mengenai perkara ini.
Kita juga memanjatkan doa’ semoga negara kita tidak tunduk kepada tekanan demi tekanan dari pihak-pihak luar dari kuasa besar tersebut.
Dan tidak kurang kritikal juga, sama-samalah kita berdoa semoga kita semua tidak ditimpa musibah bersebab adanya kaum Sodom di bumi Temasek ini.
ALlah Maha Besar!
Source: Mohd Khair