Menteri Pembangunan Negara, Khaw Boon Wan berkata, flat-flat studio apartmen dikhususkan untuk warga tua yang ingin memiliki flat dengan saiz yang sesuai untuk mereka.
Ini membolehkan mereka untuk membeli flat-flat sedemikian menggunakan hasil penjualan rumah mereka dan tidak perlu mendapatkan pinjaman perumahan.
Encik Mr Khaw berkata demikian di Parlimen semasa menjawab soalan yang diajukan oleh AP Gan Thiam Poh.
Encik Gan telah menanyakan sama ada HDB menimbangkan pinjaman kepada warga tua yang ingin membeli flat-flat studio apartmen.
Beliau juga bertanya sekiranya jaminan peribadi boleh ditawarkan untuk pinjaman yang dibayar oleh anak warga tua berkenaan.
Encik Khaw menjelaskan, sejauh ini HDB tidak menerima sebarang perjanjian dari penjamin dalam menawarkan pinjaman perumahan.
Encik Khaw berkata, ia bagi mengelak sebarang pertikaian antara pemilik flat serta penjamin sekiranya berlaku bayaran yang tertunggak.
Source: http://berita.mediacorp.sg