Assalamualaikum Wr. Wb.
May Peace Be Upon You
My Malay speech for MCCY’s COS debate touching on the allocation of the Malay Muslim Community Fund (MMCDF).
MMCDF was established in 1991 to support Mendaki’s effort in enhancing the social development of the Malay Muslim Community
My speech (in Malay):
‘Dalam menjawab soalan saya didewan ini, sama ada pengunaan MMCDF boleh dilanjutkan kepada institusi masjid, Menteri berkata, ini tidak dapat dilakukan kerana masjid tidak dianggap sebagai sebuah badan Melayu-Islam. Namun beliau menambah bahawa Masjid boleh meraih dari dana ini jika program-program sosial mereka dijalankan dengan kerjasama badan-badan pemerintah atau organisasi Melayu Islam yang lain.
Saya amat kagum dengan usaha kerjasama masyarakat Islam Singapura dalam pentadbiran masjid. Lembaga Pentabdiran dan warga-kerja sesebuah masjid berusaha bertungkus-lumus dalam mentadbirkan masjid manakala masyarakat Islam pula memainkan peranan kearah kestabilan masjid melalui sumbangan kewangan dan tenaga. Seperti yang diketahui, pihak masjid amat mengalu-alukan setiap sumbangan masyarakat dalam segala jenis bentuk terutamanya sumbangan kewangan. Ini adalah kerana, apa yang saya fahami, segala perbelanjaan dalam pengurusan masjid seperti perbelanjaan utiliti, pembayaran gaji bulanan dan yang lain-lain dibiayai menerusi wang sumbangan masyarakat.
Inilah Semangat Muafakat atau Kerjasama yang terlahir atas niat dan usaha yang ikhlas demi mencapai objektif bersama iaitu memajukan masjid di Singapura. Kestabilan institusi masjid yang dibina atas Semangat Muafakat atau Kerjasama ini akan menjadikan masjid antara penyumbang yang penting dan utama bukan hanya sahaja dalam pembentukan spiritual tetapi juga pembentukkan sosial masyarakat Islam kita.
Salah sebuah tema pada Belanjawan ini adalah Semangat Kerjasama. Atas Nilai Semangat Kerjasama ini, saya ingin menyarankan agar Menteri dan pihak pemerintah dapat mempertimbangkan usulan agar penggunaan dana ini dapat dilanjutkan kepada masjid agar MMCDF ini dapat mendatangkan lebih manfaat terhadap pembangunan masyarakat Melayu Islam Singapura. Ini juga memperkuatkan lagi Semangat Kerjasama antara pemerintah dan badan-badan Melayu Islam.
Saya ada 2 soalan bagi Menteri, (1) Bolehkah Menteri terangkan apakah kriteria yang diambil kira dalam mengkategorikan sesebuah institui atau badan sebagai sebuah Badan Melayu Islam (MMO) dan (2) siapakah atau pihak manakah yang menentukan kriteria yang digunakan ini.’
Source: Muhamad Faisal Abdul Manap