Share bende baik org cakap, kau jangan nak step baik sangat.
Share bende buruk org cakap, sebagai orang Islam, baik delete.
Share bende yg bermanfaat, org cakap, kau cerminkan diri kau dulu sebelum nak nasihatkan org.
Share bende degil org cakap, kau dah tua masih nak post bende bende gini?
Share bende agama org cakap, mcm lu tak pernah degil jek dulu.
Share bende viral org cakap, tak baik mengaibkan orang.
Share bende kelakar, org cakap, tak kelakar lah. Lawak lame.
Share bende serious org cakap, sudahlah, nak step pandai hal ehwal semasa konon.
Share gambar selfie org cakap, dah takder gambar lain nak post? Balik balik gambar sendiri.
Share gambar anak, org cakap kemaruk. Mcm org lain takder anak plak.
Share gambar kenderaan org cakap riak.
Share pasal kejayaan diri sendiri org cakap merendahkan org lain.
Share pasal makanan, org akan tanyer kedai nih halal ker haram? Sijil MUIS mana?
Share doa, org cakap, Yahudi jer doa kat dinding.
Moral of the story. Kalau nak share, share jer. Orang akan cakap jugak. Kalau takle tahan apa org cakap, jangan share.
Source: Dzar Ismail