Saya berkesempatan ke kelas Pn Ainon Mohd. mendalami ilmu cara berfikir secara Design by Thinking. 4 jam bersama Pn Ainon menyebabkan saya tak boleh tidur malam memikirkan ilmu yang saya baru dapat beberapa hari lepas.
Penulisan ini adalah bagi kita sama-sama refleks diri kita, supaya kita dapat memperbaiki dan mencontohi kaedah berfikir cara Rasulullah saw.
Kita adalah pemikir Analytical dan Critical. Malah, di universiti dulu pun saya memang ambil subjek Critical Thinking dalam semester 2.
Dunia persekolahan dan universiti kita hari ini mengajar kita berfikir secaraanalytical dan critical thinking.
Apa itu analytical thinking?
Secara mudahnya adalah cara berfikir melalui analisa perkara yang sudah pun berlaku.
Apa pula critical thinking?
Secara mudahnya adalah, ‘i am right, and you are wrong’.
Sekolah antara tempat yang mengasah otak kita berfikir gaya analytical dancritical. Sekolah mengajarkan kita hanya ada satu sahaja jawapan yang betul dan kita diberi pengiktirafan yang baik pada jawapan yang betul itu.
Sebab itu, bila kita besar, kita menjadi golongan pemikir yang sangat rigid kepada sesuatu perkara. Apa yang kita buat semua betul, apa yang orang buat kita nampak semua salah. Kita jadi sukar menerima segala idea baru dan jawapan orang lain yang mungkin betul.
Kita lebih suka mengkritis, berdebat dan berusaha menegakkan pendirian bagi jawapan yang kita rasa kita betul hingga menyalahkan orang lain. Kita merendah-rendahkan jawapan orang lain, kita memperkecil usahanya dengan idea yang diberikan. Kita memburukkan orang lain, membuka aib dirinya dengan menyatakan kitalah yang betul.
Kita menjadi golongan pemikir yang sangat judgemental dan cepat menghukum atas sesuatu perkara.
Sebab itu, segala keburukan lebih mudah ter-viral dan lahir ramai para juri dan hakim yang mengukum dan mengadili bagi setiap perkara yang berlaku.
You cannot dig a hole in a different place by digging the same hole deeper – Edward De Bono
Tak mungkin kita jumpa satu lubang baru dengan menggali lubang yang sedia ada dengan lebih dalam. Kita mula mengorek segala history lama, kononnya mencariroot cause dan mahu menyelesaikan segala perkara itu.
Kesan berfikir gaya ini (analytical) adalah:
1. Kita akan banyak mengungkit perkara yang telah terjadi.
2. Kita mula mengaitkan nama orang lain.
3. Kita mudah menyalahkan dan menuduh. judge people.
4. Kita menjadi sangat defensif.
5. Kita sebenarnya mengusutkan lagi masalah tu.
6. Timbul pula masalah baru.
7. Rosakkan hubungan yang harmoni.
Critical Thinking
Tradisi critical thinking datang dari Socrates, plato, aristotles. mereka mencipta seni berdebat. Kita berbangga pula menayangkan kehebatan siapa lebih jauh lebih hebat berdebat? Hujah siapa paling hebat? Allah.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda;
“Aku menjamin sebuah rumah di Syurga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun dia berada dalam pihak yang benar. Dan aku menjamin sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun dalam keadaan bercanda. Dan aku menjamin sebuah rumah di bahagian teratas Syurga bagi orang yang memperelokkan akhlaknya.”
(HR. Abu Dawud dalam Kitab al-Adab, hadits no 4167. Dihasankan oleh al-Albani dalam as-Shahihah [273] as-Syamilah)
Jadi, adakah kita sebenarnya pemikir generasi Aristotle? Kita bermegah dengan kehebatan siapa hujahnya paling hebat? Sedangkan Rasulullah saw semasa hayatnya tak pernah berdebat. Allah. Hinanya kita ini.
Ideologi pemikir Critical Thinking dari Aristotle ini diterima baik dalam kehidupan kita masa kini. Betul? Antara salah satu yang boleh kita lihat adalah secara mudah adalah Politik.
Mari kita susuri sejarah Nabi Muhammad saw. Hebatnya Rasulullah saw. Baginda tak pernah menyalahkan orang lain, tak pernah menuduh dan menghukum pendosa dan pesalah. Baginda tak pernah berdebat melawan hujah-hujah orang yang melemparkan segala bentuk kritikan buruk dan caci maki. Allah.
Jadi, bagaimana cara Rasulullah saw berfikir dalam menyelesaikan masalah?
Rasulullah saw tak buat post mortem selepas perang Uhud. Baginda tak mencari salah punca kekalahan dalam perang Uhud. Baginda tak menyalahkan sesiapa.
Rasulullah saw tak beri komen dan kritikan pada idea yang ditolak. Baginda tak cakap pun idea tu salah. Atas dasar inilah semua golongan bebas memberi idea dan seronok kerana Rasulullah saw meraikan segala bentuk pendapat dan idea dari semua golongan.
Kalau kita pula, orang baru bagi idea, terus hukum dan hina pula ideanya secara umum. Kita bukan sahaja membuka aibnya, malah kita membunuh psikologi dalamannya kerana menyekat dirinya memberikan buah fikiran bersama.
Baginda tak memilih pun hanya bertanya pendapat pada sahabatnya semata-mata. Baginda mengumpulkan semua jenis golongan meskipun golongan bawahan.
Kita pula kalau meeting, asyik dengan orang yang sama ja. Pilih bulu. Kalau orang tu baru masuk kerja, ditentangnya idea baru malah tak beri peluang mengemukakan idea pula. Orang yang lama pula diagung-agungkan ideanya.
Apabila ada dua orang bergaduh dan mereka datang mengadu, sebut jasa mereka pada pihak berlawanan dan jangan menyakiti antara satu sama lain. Rasulullah saw tidak menyakiti dan menghukum pesalah.
Contoh kita ni, kalau ada konflik adik beradik, mak biasanya akan cakap “Along, kau dah besar, mengalahlah..” Ini adalah contoh ibu yang berfikir secara critical.
Rasulullah handle emosi dengan memuji dan memberikan khabar gembira meskipun siapa pun orang yang memberi masalah tu. Hebatnya Rasulullah saw dalam menyelesaikan masalah dan konflik.
Kita pula mengagung-agungkan cara fikir barat dan bangga pula dengan menjadi pemikir seperti ini. Allah.
Terima kasih Puan Ainon Mohd kerana mengajarkan kami ilmu yang sangat luar biasa. Sepanjang kelas hati bagai dihiris-hiris. Tak cukup dengan itu, memang tak boleh tidur malam memikirkan kata-kata Puan Guru.
Source: www.thevocket.com