Pakar: Kaum Arab Yang Dahulu Temui Amerika Syarikat, Bukan Columbus

Bukan Christopher Columbus yang pertama temui benua Amerika Syarikat, tapi orang orang Arab!

Demikian dakwaan daripada Profesor bahasa purba di Univerisiti Raja Saud dan pengkaji di Pusat Raja Faisal bagi Pengkajian dan pengajian, Suleiman Al-Deeb.

Beliau mendakwa bahawa Amerika Syarikat ditemui terlebih dahulu oleh suku bangsa Arab Thamudic sebelum Christopher Columbus ke sana pada abad ke-15.

Dalam satu wawancara yang diterbitkan dalam satu laman web, Prof Al-Deeb berkata beliau antara 15 orang dari pelbagai bahagian di dunia yang membincangkan satu ukiran yang dijumpai di sebuah pangkalan tentera di Colorado.

Teks tersebut dibaca dan didapati bahasa Arab Thamudic yang sama seperti yang dijumpai di Semenanjung Arab, menurut laporan Arab News.

WUJUD PENGHIJRAHAN ARAB KE AMERIKA 500 TAHUN SEBELUM COLUMBUS

Menurut laporan Arab News lagi, Prof Al-Deeb berkata ukiran tersebut adalah dari abad ke-10 dan ini mengandaikan bahawa adanya penghijrahan orang Arab ke sana semasa zaman tersebut.

Beliau juga berkata tiada masala untuk beliau membaca teks Thamudic itu yang dikirim kepadanya dari AS.

Prof Al-Deeb menjelaskan bahawa ada cebisan batu di Semenanjung Arab khususnya di Arab Saudi yang mempunyai ukiran yang berusia lebih daripada 3,000 tahun.

Menurut Prof Al-Deeb ukiran pada cebisan batu itu adalah satu bentuk karya seni yang mencatatkan kehidupan, agama, makanan dan minimum bangsa tersebut pada zaman itu.

Christopher Columbus dikatakan menemui Amerika Syarikat pada 1492 semasa menerajui ekspedisi laut rentas Atlantik, yang berpangkalan di Sepanyol.

Ekspedisi itulah yang dikatakan membawa kepada penemuan Amerika Syarikat.

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *