Saya dapat tahu yang anak saya dibuli seorang pelajar lain di tadikanya.
Saya tanya dia kenapa tidak laporkan kepada guru.
Dia mungkin seorang yang pemalu.
Saya sarankan agar beliau melawan balik apabila ditolak dan dipukul hingga jatuh.
Namun si ibu membangkang dan mengatakan saya tidak seharusnya mengajar dia sedemikian.
Saya menyuruh anak lelaki saya untuk membuat aduan kepada gurunya. Memang watak anak lelaki saya ini tidak suka mengadu walaupun di rumah apabila bergaduh dengan kakaknya.
Namun, “bermain” dan “bergurau” itu perlu setimpal. Saya tidak ingin si pemukul meneruskan penindasan itu.
Saya mahu anak lelaki saya “bergurau” kembali.
“What If he is rougher?” Tanya si Boy.
Saya menyuruh beliau untuk “bergurau” lebih ganas daripada dia. Kerana dengan pukulan yang dibalas akan mengingatkan si pemukul bahawa sakit rasanya apabila dipukul dan jatuh ke lantai.
Saya tidak mahu anak saya berlaku ganas terhadap orang lain namun biar dia dapat mempertahankan dirinya daripada terus menerus dianiaya orang lain.
Maka kini saya sudah tahu kenapa dia sering ada lebam-lebam di badan dan kakinya.
Adakah saya seorang ayah yang jahat?
Source: Zan Sofiyan Original