Siapa yg menyalurkan maklumat2 palsu dan fitnah kepada agency2 media bukan Islam sebegini?
Sudah tentu ia dilakukan oleh anasir2 dikalangan orang2 Islam sendiri.
Bijak ke penilaian sebegini?
Puluhan ribu bahkan jutaan ummat Islam telah mendengar siaran Radio Hang Batam tidak pula jadi pelampau, radikal dan pengganas tetapi hanya berdasarkan ‘pengakuan’ dua ekor individu yg didakwa menjadi radikal setelah mendengar Radio Hang Batam.
Bagi saya ini merupakan penilaian yg sangat memalukan kerana jelas orang2 menyodorkan maklumat2 tersebut TIDAK MENDENGAR SIARAN2 RADIO HANG justru sekali gus meletakkan mereka ke tahap Bengap Maksima yg hanya bertindak berdasarkan hati dengki, hasad dan berniat jahat tetapi bukan berdasarkan fakta dan kebenaran.
Adakah sesudah ini anasir2 ini akan mendesak penguasa siapa sahaja yg telah mempertahankan Radio Hang dari fitnah tak menjadi mereka agar ditangkap kerana menyokong ideology pengganasan?
Jika Zikir dan Selawat tidak dapat membersihkan hati mereka saya rasa Air
Battery boleh agaknya.
Saya ingin menyampaikan ayat2 ini kepada mereka
Holy Quran 9:32
——————
يُرِيدُونَ أَن يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (Al Quran dan As Sunnah) dengan mulut mereka ( fitnah2 bodoh mrk), sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).
Holy Quran 5:8
——————
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Source: Abdul Rahman Mohamed