Grace Fu: Sambutan Sama Besar-Besaran Bagi Raikan Atlit Paralimpik

Satu sambutan akan diadakan bagi meraikan “pencapaian cemerlang” para atlit Paralimpik Singapura setelah mereka pulang dari Rio de Janeiro nanti.

Demikian diumumkan oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu hari ini (10 Sep).

Dalam Facebooknya, Cik Fu berkata sesetangah orang bertanya sama ada terdapat rancangan untuk meraikan pencapaian atlit renang Sukan Paralimpik Yip Pin Xiu yang meraih pingat emas dalam acara kuak lentang 100 meter S2 di peringkat akhir pagi tadi.

“Jawapannya ialah ia akan diadakan,” menurut Cik Fu.

Cik Fu menambah bahawa beliau “amat berbangga” dengan Yip, yang mencatat rekod dunia yang baru, iaitu 2 minit 7.09 saat.

“Acara itu amat mencabar tetapi beliau lakukan yang terbaik,” menurut Cik Fu.

“Disebabkan kesungguhan beliau, kita semua dapat mendengar Majulah Singapura di Sukan Paralimpik. Semangat waja beliau adalah sesuatu yang boleh dicontohi dan diraikan sebagai pencapaian Team Singapore.”

Cik Fu turut menggalak rakyat Singapura supaya terus menyokong para atlit lain di Rio, yang juga “bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama Singapura”.

“Ayuh kita beri sokongan dan dorongan kepada mereka,” tambah Cik Fu.

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *