Lebih 3,000 penduduk dari sembilan kawasan undi berjalan bersama dalam satu semangat perpaduan.
Bermula dari kawasan undi masing-masing, mereka membuat persinggahan di rumah-rumah ibadah sepanjang jalan.
Para penduduk Bukit Batok misalnya menyaksikan upacara sembahyang di sebuah gereja.
Penduduk Bukit Gombak pula ke Masjid AlKhair berpeluang mempelajari rukun Islam dengan lebih mendalam manakala beberapa penduduk lainnya melawat sebuah kuil Taoist.
Acara ini sebahagian daripada daya usaha Kumpulan Bina Keyakinan Antara Kaum atau IRCC untuk menggalak keharmonian kaum dan agama di Singapura.
Source: Berita MediaCorp