Cabaran-cabaran yang dihadapi masyarakat kita sekarang ini dan akan datang bukannya sedikit, berlambak-lambak…(senarai di bawah ini tidak menurut mana-mana keutamaan)
1. Masalah anak-anak yang tidak mendapat pendidikan agama (jumlah peratusan yang tinggi)
2. Generasi muda yang tiada atau longgar pegangan agama
3. Generasi tua yang tidak kesah tentang agama
4. Keluarga-keluarga yang tiada nilai atau kekontangan nilai
5. Anak2 muda yang berzina secara selamba macam anjing kat stesen bas
6. Anak-anak yang dilahirkan luar nikah
7. Ketidak cukupan keluarga Muslim untuk mengambil anak-anak angkat Muslim (adoption)
8. Ketidak cukupan keluarga Muslim untuk mengambil anak-anak Muslim sebagai anak titipan (fostering)
9. Anak-anak yang tidak atau kurang mendapat bimbingan dari ibubapa dan kemudian melakukan pelbagai kesalahan
10. Institusi keluarga dan struktur rumahtangga yang rapuh mudah roboh
11. Isu perceraian yang orang kita sudah jadi champion semenjak berdekad lamanya
12. Isu perceraian di kalangan para datuk dan nenek (ini maslaah baru dalam masyarakat)
13. Suami atau isteri atau kedua-duanya selingkuh dan berzina sehingga ada isteri yang hamil anak orang lain
14. Masalah penagihan dan pengedaran dadah yang masih lagi belum selesai
15. Cabaran pendidikan untuk lebih ramai lagi anak-anak kita yang berjaya
16. Cabaran untuk mencelikkan sebahagian para ibubapa yang masih lagi rabun akan masadepan anak-anak mereka
17. Cabaran dayakerja (employability) para pekerja kita dalam zaman globalisasi yang begitu cepat berkembang dan berubah
18. Cabaran terhadap persaingan dalam peluang-peluang pekerjaan dalam konteks pembanjiran para pekerja asing
19. Cabaran risiko pembuangan kerja para pencari nafkah kita
20. Cabaran bagi yang telah hilang pekerjaan
21. Cabaran akan hilangnya istilah persaraan di masa depan apabila setiap warga perlu kerja sehingga ke liang lahat
22. Masalah hutang & tailong di kalangan individu dan keluarga
23. Masalah kesihatan dan pakej penyakit 3-in-1 atau 4-in-1
24. Cabaran persaraan warga senja
25. Cabaran muslimin dan muslimat yang masih membujang dan belum mendapat jodoh, terutama di peringkat usia melebihi 35 tahun
26. Cabaran kos kehidupan yang semakin meningkat
27. Cabaran membantu keluarga-keluarga dan individu-individu yang kurang upaya atau kehilangan upaya untuk berdikari
28. Cabaran membantu muslimin dan muslimat yang kebingungan akan identiti jantina mereka (isu LGBT)
29. Isu tudung (belum selesai lagi semenjak awal tahun 70an lagi)
30. Isu Autisma dan lain-lain keperluan khas yang semakin meningkat di kalangan anak-anak dari keluarga Muslim .
…dan banyak lagi cabaran dan masalah tidak tersenarai di sini
Dan kita sering dipesongkan dan disibukkan dengan isu-isu yang langsung tidak akan membantu kita menyelesaikan cabaran-cabaran dan masalah-masalah yang tersenarai di sini (dan yang lain-lain lagi setentunya).
Tidak ada orang lain melainkan kita yang boleh selesaikan masalah dan cabaran ini semua.
Kalau kita hilang fokus, maka hilanglah kita.
الله المستعان
Source: Mohd Khair