Abdul Rahman Mohamed: Hukum Membuat Dapur Kubur

Kemusykilan Rakyat

Hukum Membuat Dapur Kubur dan Tanya MUIS

Soalan
Baru2 ini ada satu keluarga yg kematian ibunya, sebahgian adik beradik mahukan agar kubur ibunya itu dibina dapur seperti yg dilakukan ke atas kebanyakkan kubur2 yg berada di tanah perkuburan sedang sebahgian tidak bersetuju

Terjadi semacam pertelingkahan dikalangan adik beradik tersebut dan ada di antara mereka katanya telah menghubungi Hotline Muis dan diberi tahu oleh ‘ustaz’ yg menjawab agar jangan terpengaruh dengan asatizah yg diluar sana yg telah ‘rusak’ akidahnya dengan mengatakan ini bid’ah itu bid’ah dan membuat dapur di atas kubur pun bid’ah!

Kesimpulan katanya, ‘ustaz Muis’ mengatakan boleh sahaja membelanjakan duit utk membina dapur kuburan.

Saya menjawab masalah ini dengan 2 kenyataan.

Pertama: Jika benar adanya ‘ustaz Muis’ yg berkata sebegitu maka “celakalah” ke atas ‘ustaz’ tersebut! Jika engkau membuat kenyataan sedemikian berdasarkan kejahilan maka seharusnya engkau tidak layak utk berada ditempat sedemikian utk mengelirukan dan menyesatkan orang lain. Jika engkau mengatakan sedemikian adalah kerana mahu menyembunyikan kebenaran dan haq, maka itu lebih celaka lagi!

Sila renungkan salah satu hadits antara banyak2 hadits yg menyebut tentang larangan meninggikan kubur melebihi sejengkal.

Makruh tahrim meninggikan kubur dan membuat binaan di atasnya sebagaimana yang dibuat oleh kebanyakan orang hari ini. Menurut sunnah bahawa kubur tidak boleh ditinggikan melebihi sejengkal dari paras tanah. Hal ini berdasarkan hadith, daripada Ali bin Abu Talib RA, katanya, Abu al-Hayyaj al-Asadiy berkata:

أَلاَّ أَبْعَثُكَ عَلَى مَا بَعَثَنِى عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ لاَ تَدَعَ تِمْثَالاً إِلاَّ طَمَسْتَهُ وَلاَ قَبْرًا مُشْرِفًا إِلاَّ سَوَّيْتَهُ

Maksudnya: “Aku menyampaikan pesanan Rasulullah SAW kepadaku bahawa jangan ditinggalkan patung-patung kecuali setelah engkau hancurkannya, begitu juga dengan kubur yang binaannya tinggi kecuali setelah engkau ratakannya.”

Kedua: Jika kenyataan yg sedemikian adalah dia’yah sebahgian adik beradik keluarga tersebut utk menurut hawa nafsu mereka dengan cara menfitnah MUIS maka celakalah ke atas orang yg telah membuat fitnah tersebut.

Nota Tambahan
Dalam kitab al-majmu’, an-Nawawi Rahimahullah dengan jelas mengatakan:

قال أصحابنا رحمهم الله : ولا فرق فى البناء بين أن يبنى قبة أو بيتا أو غيرهما ، ثم ينظر فإن كانت مقبرة مسبلة حرم عليه ذلك ، قال أصحابنا ويهدم هذا البناء بلا خلاف… وإن كان القبر فى ملكه جاز بناء ما شاء مع الكراهة ولا يهدم عليه
Ertinya: Sahabat-sahabat kami Rahimahumullah berkata: “Tidak ada beza dalam membina binaan itu di antara membina kubah atau rumah atau selain keduanya. Kemudian hendaklah diperhatikan, jika tanah perkuburan itu adalah perkuburan musabbalah (tanah perkuburan orang awam) adalah haram ke atasnya berbuat sedemikian: Sahabat-sahabat kami berkata (lagi): “Dan hendaklah dirobohkan binaan tersebut tanpa ada pertikaian (para sahabat-sahabat kami)… (Al-Majmu’: 5/260)

Hukum haram mendirikan sebarang binaan yang tersebut di atas juga adalah berdasarkan kepada hadits Jabir Radhiallahu ‘anhu katanya:

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يجصص القبر وأن يقعد عليه وأن يبنى عليه
(رواه مسلم)

Maksudnya: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam menegah daripada diplaster kubur dan diduduki di atasnya serta dibina binaan di atasnya.

 

Source: Abdul Rahman Mohamed

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *