The Show Must Go On: Walau Sebak Kehilangan Anak Kembar-Tiganya, Elfee Ismail Tetap Beri Yang Terbaik Bagi Acara Sinar Lebaran 2017

Assalamualaikum kepada semua keluarga, sahabat andia, dan juga teman teman. Terutama sekali, kepada pihak Mediacorp Suria dan eaglevision dan juga para hadirin dan hadirat dan juga teman2 artis yg hadir di studio Mediacorp malam semalam untuk menyaksikan Sinar Lebaran 2017.

Saya ingin meminta maaf jikalau persembahan saya kurang menarik, dan saya terhenti seketika semasa membuat persembahan solo Disebabkan saya terbayang rupa ketiga tiga bayi saya semasa dimandikan dan juga hingga selamat disemadikan.

saya juga ingin berterima kasih kepada semua yg telah memberi perangsang dan semangat untuk saya membuat persembahan untuk kali kedua dgn lagu yg sama.

Terima kasih kepada pihak mediacorp yg sudi menjemput saya untuk memeriahkan kan lagi Sinar Lebaran 2017.

Semoga ketiga2 anakku akan tenang disana. Tunggu Baba dan Mama di ahkirat kelak ye sayang. In sha allah. 😢😢😢
Baba dan Mama akan sentiasa menyayangi kamu semua. 😢😢😢

Alfateha….

 

Source: Elfee Ismail

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *