Zed Zaidi Rasa Terugut, Kakitangan Persatuan Seniman Lapor Nick Mikhail Kepada Polis

Gara-gara mengugut dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Zed Zaidi, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) membuat laporan polis terhadap seorang selebriti televisyen Singapura iaitu Nick Mikhail Razak.

Pada Selasa lalu, Nick Mikhail mengeluarkan tuduhan itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Facebooknya.

Laporan polis dibuat oleh Pengerusi Biro Perpaduan dan Antarabangsa Seniman iaitu Datuk Subash Sundaramoorthy, 36, di Balai Polis Taman Melawati  pada Khamis.

Menurut Subash, pihak Seniman terpanggil untuk melaporkan kepada polis mengenai perkara itu setelah merasakan tindakan Nick Mikhail itu melampau sehingga mencalarkan kredibiliti Zed Zaidi yang juga merupakan Presiden Persatuan Seniman Malaysia.

Malah jelas Subash, ia bukan kali pertama individu itu menyelar Zed Zaidi dan pihaknya sebelum ini hanya berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

“Ini kali ketiga individu berkenaan mengugut dan mengeluarkan kata-kata kesat, fitnah terhadap Seniman dan presiden jadi atas sebab itu kita rasakan perlu membuat laporan polis kerana sebelum ini kami senyap sahaja.

“Kata-katanya iaitu ‘kalau lu langgar sama Aliff Aziz lu langgar sama gua. Sekarang wa cabar sama lu, lu pancung, lu datang kita tunggu sama lu’ adalah satu ugutan melampau.

“Kita rasa bertanggungjawab untuk mempertahankan Seniman dan presiden dari terus diperkotak-katikkan oleh individu yang tiada kaitan dengan persatuan.

“Zed sendiri tidak tahu kami akan buat laporan polis dan hanya memberitahunya pagi ini,” akhirnya.

 

Source: www.karyahati.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *