Fatwa Bank Susu: Para Asatizah Tidak Punyai Sebarang Sebab Untuk Salah Faham Selepas Sesi Penerangan

Bank Susu

Bila kita tidak mempunyai maklumat yang benar dan tepat disebalik fatwa Bank Susu yang baru dikeluarkan, maka banyak pandangan sumbang dan kurang tepat yang dikeluarkan. Bagi para asatizah, mereka tidak mempunyai sebarang sebab untuk salah faham kerana satu sesi penerangan telah dilakukan pada 15 Aug 2017 di MUIS Auditorium. Mereka sepatutnya mengambil peluang tersebut untuk meminta penjelasan serta pandangan Majlis Fatwa. Jika mereka terlepas peluang, tiada siapa yang sepatutnya disalahkan melainkan diri mereka sendiri.

Bagi maklumat semua, beberapa sesi pengumpulan maklumat telah dijalankan oleh Majlis Fatwa dari pihak pakar perubatan serta pentadbir hospital kerajaan bagi memastikan cara serta proses yang akan dijalankan dalam penerimaan susu penderma. Risiko-risiko yang mungkin berlaku jika susu diberi lambat kepada bayi serta proses yang perlu dijalani ke atas penderma dari segi kesihatan dan pemeriksaan darah juga diambil kira. Susu hanya dapat diambil dari wanita yang bebas dari penyakit sahaja. Susu juga perlu melalui proses “pembersihan” supaya tidak mendatangkan bahaya kepada bayi. Kemudian beberapa sesi pembentangan serta perbincangan telah diadakan. Kemudian, hujjah setiap dari ulama yang membenarkan serta yang melarang telah dikaji untuk memutuskan hujjah yang paling tepat serta sesuai dengan keadaan bayi pramatang yang berlaku di Singapura. Perbincangan yang agak panjang sebelum keputusan dilakukan.

Bagi mereka yang tidak ingin membuat kajian dahulu sebelum membuat bidasan ke atas fatwa ini, saya harap supaya berhati-hati pada masa depan. Kadang kala, pandangan kita akan menyusahkan masyarakat dan keluarga kita sendiri. Ada di kalangan kita rasa bahawa anak kita sudah besar dan tak perlu kepada pendermaan susu badan wanita lain. Jangan lupa, ia mungkin saja berlaku kepada cucu kita yang dilahirkan pramatang yang mungkin menjadi ujian ke atas kita oleh Allah SWT. Sekian.

 

Source: Mohd Kamal Mokhtar

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *