Dalam Islam Tiada ‘Monday Blues’, Dalam Islam Hari Isnin Penuh Dengan Keistimewaan Dan Kelebihannya

Hari Isnin…Tak de mood nak pi kerja?
Monday Blues…???

Dalam Islam, TIADA Monday Blues sebenarnya

Dalam Islam, hari Isnin penuh dengan keistimewaan dan kelebihannya nya yang tersendiri…

Apakah keistimewaan & kelebihan hari Isnin dalam Islam?

Di antara kelebihan hari Isnin dalam Islam adalah berikut:

1. Daripada Abu Qatadah al-Ansari berkata, RasuluLlah saw ditanya sahabat tentang kelaziman baginda berpuasa pada setiap isnin, maka Nabi pun bersabda yang bermaksud, “Padanya aku dilahirkan dan padanya Wahyu yang pertama diturunkan”.

2. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa RasuluLlah saw bersabda yang bermaksud, “Dibentangkan amalan-amalan di hadapan ALlah swt pada hari Isnin dan hari Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalan ku dihadapan ALlah swt pada ketika aku berpuasa”.(Riwayat Imam Tirmidzi).

3. Nabi Idris as naik ke langit.

4. Nabi Musa as telah pergi ke bukit Tursina, untuk menerima wahyu.

5. Turunnya Dalil tentang keEsaan ALlah swt

6. Lahirnya Nabi Muhamad saw

7. Malaikat Jibril turun buat pertama kalinya bertemu dengan RasuluLlah saw

8. Wafatnya RasuluLlah s.a.w.

Oleh itu, usahlah terikut-ikut dengan tabiat “Monday Blues” yang tiada asal usulnya dalam Islam.

Hari Isnin hari baik
Harinya tidak jelek
Lakukan yang terbaik
Natijahnya insyaaALlah molek

 

Source: Mohd Khair

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *