Hormat suami ini perkara besar, bukan perkara kecil.
Apatah lagi buat suami marah bila berbuat perkara yang suami tak suka dan tak izinkan.
Kalau baca kisah Rasulullah, Umar dan Hafsah. Bagaimana Umar R.A mengingatkan anaknya jangan sesekali menyebabkan suami murka – walaupun niat asal hafsah hanya mahu menyatakan pendirian sahaja. Pun begitu ia tetap salah kerana membuatkan suaminya marah.
Apatah lagi suaminya itu Rasulullah.
Itu cerita hafsah. Dia ada ayah seperti Umar yang menegurnya. Dia ada suami seperti Rasulullah yang memaafkannya.
Bagaimana dengan kita? Adakah kita minta maaf selepas buat suami marah?
Atas apa alasan sekalipun, rujuk cerita hafsah, secara logiknya dia tidak salah tetapi buat suami murka, tetap satu kesalahan.
Kita kena banyak baca kisah sahabiyah. Ia bantu kita faham agama ikut kehendak agama yang sebenar.