Harga Pakej Haji Singapura 2018 Diumumkan; S$7,000 (Yang Termurah) Dan S$18,465 (Paling Mahal)

SINGAPURA: Harga pakej-pakej haji yang diluluskan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) tahun ini, berharga antara sekitar S$7,000 (yang termurah) dengan S$18,465 (paling mahal).

Harga-harga tersebut tidak termasuk harga tiket kapal terbang dan cukai semasa.

Pada tahun 2017, pakej terendah ialah S$6,215, iaitu sekitar S$800 lebih murah berbanding tahun ini. Tetapi, pakej termahal berharga S$18,632 pada tahun itu.

Tahun ini, 30 jenis pakej haji ditawarkan untuk para jemaah haji Singapura dan harganya sudah termasuk Cukai Nilai Tambah (VAT) sebanyak 5 peratus yang dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan di Arab Saudi. Cukai tersebut dikuatkuasakan kerajaan Saudi bermula 1 Januari 2018.

MUIS menasihatkan para bakal jemaah haji agar menilai dengan hati-hati “berdasarkan kemampuan dan keperluan individu”, sebelum memilih pakej haji masing-masing. Bakal jemaah juga dinasihatkan supaya jangan membuat sebarang pembayaran kepada ejen-ejen haji sehinggalah mereka mendapat surat pengesahan dari MUIS bahawa mereka terpilih untuk mengerjakan haji tahun ini.

Lima ejen pelancongan Islam dan tujuh konsortium ejen-ejen pelancongan Islam dilantik MUIS untuk menawarkan pakej haji untuk musim 2018 ini.

Lima ejen pelancongan individu yang dilantik itu terdiri daripada:

1. Halijah Travels
2. Jalaluddin Travel & Services
3. Noor Mohamad Services & Travel
4. Shahidah Travel &Tours
5. TM Fouzy Travel & Tours

23 ejen pelancongan yang lebih kecil pula membentuk konsortium dengan bergabung bagi memberikan khidmat.

Kesemua tujuh konsortium dibentuk daripada 23 ejen pelancongan berkenaan, seperti berikut:

1. Afandi Travel & Services (Ketua konsortium)
Al Firdaus Travels
Evershine Travel & Services

2. Azza Travel & Tours (Ketua konsortium)
AQ Travel & Tours
Tri-Ways

3. Hagel Travel & Tours (Ketua konsortium)
Rafflesia Travel & Tours

4. Hahnemann Travel & Tours (Ketua konsortium)
An-Nur Travel

5. Nurhikmah Travel & Tours (Ketua konsortium)
Abu Bakar Travel Services
Babus Salam Holidays

6. Primula Travel & Tours (Ketua konsortium)
Al Qaswa Tours & Travel
Qu’ins Travel & Tours

7. Sha Travel & Tour (Ketua konsortium)
Al-Fattah Travel & Tours
Hamidah Travel & Tours
Ruby Rashid Travel & Tours
Smiling Travel
Thoha Travels & Tours
Travelconnect.sg

Pada masa ini MUIS masih dalam proses untuk memaklumkan para jemaah yang termasuk dalam senarai kuota rasmi 800, agar mereka dapat mengorak langkah memilih pakej haji pilihan masing-masing.

Secara keseluruhannya, daripada 30 pakej haji yang diluluskan, 10 pakej menawarkan perjalanan pendek – iaitu antara 13 dengan 22 hari sahaja.

Hanya dua pakej menawarkan pakej tempoh masa panjang, iaitu antara 32 hingga 35 hari.

Kedua-dua pakej paling murah (S$7,000) dan paling mahal (S$18,465) ditawarkan oleh Shahidah Travel & Tours.

Secara purata menurut MUIS, pakej haji 2018 ini berharga sekitar S$11,500 tanpa mengambil kira tiket pesawat dan cukai semasa.

Source: beritamediacorp

 

Rilek1Corner

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *