Alyph Sleeq Minta Maaf Sebab Berpegangan Tangan Dengan Tunang Dalam Foto

BUAT MARAH PEMINAT: Inilah foto Lebaran Alyph Sleeq dan tunangnya, Azzah Fariha Samat, yang mencetus rasa tidak selesa beberapa peminatnya yang marah lengan mereka berpautan, walhal belum menjadi suami isteri yang sah. – Foto ALYPH SLEEQ

MAAF dipinta penyanyi Sleeq, Alyph, kepada mereka yang kurang selesa dengan fotonya berpaut lengan dengan tunangnya, Azzah Fariha Samat.

Gambar itu dikritik beberapa peminat yang merasakan mereka tidak wajar bergambar mesra sedangkan mereka belum berumah tangga. Alyph, atau nama sebenarnya Alif Abdullah, 25 tahun, memberitahu laman mStar Online, meskipun foto itu tidak sepatutnya dijadikan isu, beliau tetap menghormati pandangan masyarakat sekeliling.

“Maafkan saya jika ada yang tidak berkenan dengan gambar itu. “Tetapi saya hormati segala komen dan kritikan yang diberikan kerana saya faham, media sosial ialah satu platform bebas untuk sesiapa pun yang ingin memberikan komen.

“Apa-apa pun, terima kasih atas kritikan itu. Jujurnya, saya tidak terasa hati pun dengan segala komen negatif yang diberi.

Cuma terkejut sedikit sahaja pada mulanya,” jelasnya menerusi aplikasi WhatsApp, baru-baru ini.

Alyph bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Azzah di Gardens By The Bay 13 September ini.

Rakan sekumpulannya, Ahmad Syarif, juga 25 tahun, pula bakal menyusuli dengan majlis perkahwinannya November ini.

Source: http://beritaharian.sg/gah/hiburan/alyph-sleeq-minta-maaf#sthash.T96INN4I.dpuf

letters R1C

 

YOUTUBE: youtube.com/user/rilek1corner

FACEBOOK: facebook.com/rilek1corner

TWITTER: twitter.com/Rilek1Corner

WEBSITE: rilek1corner.com

EMAIL: [email protected]

FEEDBACK: CONTACT RILEK1CORNER

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *